SELAMAT DATANG KE BLOG FAHIEM IMTIYAAZ & NUR HADIYA NUHA

Thursday, August 30, 2007

"Kami mengesyaki anak dijangkiti denggi......."


Hari Rabu malam Khamis (23.8.07), masa mama nak hantar Mak Usu pergi Presint 11, mama rasa badan Fahiem panas sangat2. Tiba-tiba je Mak Usu menjerit kata hidung Fahiem berdarah. Terus mama ambil kain lap hidung, tapi darah terus meleleh. Ala ciannya anak mama. Fahiem menangis. Mama terus ajak ayah pergi Klinik Medi Nur. Sampai klinik lama jugak nak ambil turn pasai ramai orang. Mama tengok ramai parents bawa anak yang sakit... Akhirnya sampai juga turn Fahiem. Doktor Norbila checked temperature Fahiem 38.8°C.Fahiem menangis kuat bila Dr nak letak steteskop kat badan. Pastu apalagi bila dah menagis sekuat-kuatnya, Fahiem muntah. Ada darah dalam muntah. Dr nasihatkan mama bawa Fahiem ke Hospital. Dr buat surat refer ke Hospital Putrajaya.

Ayah terus drive dengan laju hantar Mak Usu ke Presint 11 dan selepas tu terus ke hospital. Sampai kat A & E dept. (Jabatan Kecemasan), mama terus bawa Fahiem ke bilik triage. Pembantu Perubatan checked temperature dan tekanan darah. Selepas tu Dr bertugas malam tu (Dr Kiran) ambil darah Fahiem. Fahiem terus menangis tak henti-henti. Lepas tu Fahiem kena masuk air plak. Hampir 3 jam masuk air. Mama dan ayah sampai tertidur kat hospital. Akhirnya pukul 2.30 pagi Dr kata boleh balik. Dr Kiran minta bawa Fahiem hari Jumaat 25.8.07 untuk repeat test darah (FBC).

Hari Jumaat mama bawa Fahiem ke hospital. Appointment pukul 8.30 tapi pukul 8 dah sampai. Punyalah risau nak tau apa status darah Fahiem hari tu. Mama ngan ayah EL 2 hari berturut2. Demi Fahiem, mama ngan ayah sanggup buat apa saja. Macam biasa kat hospital kena masuk bilik triage dulu untuk check temperature dan tekanan. Kemudian baru ambil darah. Hampir setengah hari menunggu keputusan status darah, akhirnya Dr Sumiran Kaur yang bertugas ari tu panggil mama ngan Fahiem. Dr kata ”Mak, esok (Sabtu) datang lagi bawa anak repeat FBC. Kami mengesyaki anak dijangkiti denggi.Platlet darah anak hari ni turun kepada 196”. Berderau darah mama bila Dr kata macam tu. Ya Allah, tabahkan hatiku untuk menghadapi dugaan-Mu ini.

Hari Sabtu macam biasa bawa Fahiem ke hospital repeat FBC. Dr Zurina yang bertugas ari tu. Platlet darah Fahiem turun lagi ari Sabtu kepada 141. Dr nasihatkan supaya makan ubat dan banyakkan minum air masak. Dr suruh datang repeat FBC hari Ahad. Platlet turun lagi hari Ahad kepada 136. Dr kata kalau turun sampai 100 baru kena masuk wad. Isnin kena datang lagi repeat FBC.Mama dan ayah makin risau. Balik dari hospital ayah pergi Pak Lang Pasar Segar beli ketam. Teringat kawan mama (Acik Ila) ada sarankan makan sup ketam. Mama pun masak sup ketam hari Ahad tu. Fahiem makan dengan seleranya. Seronok tengok Fahiem berselera makan. Kalau sebelum tu makan sikit aje. Minum susu pun selalu tak habis.

Hari Isnin repeat FBC. Platlet darah Fahiem naik ke 157. Alhamdulillah, syukur kepada Allah. Dr Fatimah yang bertugas pada hari tu menasihatkan mama supaya tidak terlalu risau. ”Insya Allah platlet ini akan berterusan naik. Teruskan makan ubat dan banyakkan minum air masak” nasihatnya.

Mama ngan ayah senang hati bila platlet darah Fahiem dah naik. Tapi mama ngan ayah akan terus continue bagi Fahiem ubat walaupun Fahiem tak suka..Demi Fahiem mama ngan ayah akan buat apa saja untuk memastikan Fahiem sentiasa sihat. Insya Allah

No comments: