SELAMAT DATANG KE BLOG FAHIEM IMTIYAAZ & NUR HADIYA NUHA

Friday, August 15, 2008

Lama dah tak menulis panjang lebar dalam blog ni. Ada penyakit "M" sebenarnya. Hari ni Jumaat, so lama sikit lunch. Jadi ambil kesempatan tulis blog. Kalau kat rumah, nanti Fahiem jeles plak tengok mama tak layan dia. Ada-ada je dia nak kacau mama.

Minggu ni dah masuk 32 minggu mama mengandung. Semalam check up kat Klinik Kesihatan Putrajaya. Berat mama naik lagi. 2.3kg dalam masa 2 minggu. Sepatutnya mama hanya boleh naik 1kg. Huh huh..kena repeat MGTT lagi. Masa minggu ke-29 dah kena buat MGTT sekali. Nasib baik resultnya Green. Tapi nurse advised jgn makan berlebihan. Kalau makan nasi tu ambil satu senduk je..Hmmm..tu le perkara yang mama tak leh elak. Sekali makan nasi mau bukan setakat dua tiga senduk tapi berulang2 kali makan. Selera tengah memuncak. Jadi 27.8.08 ni mama kena le repeat MGTT sekali lagi. Apakan daya.

Minggu ke-34 nanti kena check up kat Hospital Putrajaya plak. Doktor nak check scar masa melahirkan Fahiem dulu. Check up ni akan menentukan samaada mama boleh bersalin secara normal atau ceasar. Kalau ceasar, nampaknya dalam bulan puasa ni. Kalau normal minggu pertama raya. Seram jugak walaupun pengalaman kedua. Teringat masa dapat contraction untuk lahirkan Fahiem. Sakitnya Allah saja yang tahu. Lebih 24 jam sakitnya. Walaupun dah terbuka 10cm dan telah berusaha push utk keluarkan Fahiem, tapi telah ditakdirkan Fahiem lahir secara ceasarian. Masa tu ayah kata tak sanggup lagi tengok mama sakit. Dia kata kalau boleh bersalin ceasar je senang. Tak payah tunggu sakit. Hmmm..kita tunggu je apa kata doktor masa check up minggu ke-34 nanti.

Menjelang puasa dan seterusnya raya ni mama akan buat persiapan untuk bersalin. Minggu depan baru nak keluarkan baju-baju Fahiem untuk dibasuh. Kesian jugak kat anak no.2 kan? Kena pakai baju recycle abang dia aje. Tapi mama plan nak beli dalam 2 pasang baju baru. Untuk sambut kelahiran, kalau boleh biar baby pakai baju baru. Tadi mama baru je baca blog Yana. Dalam blog tu Yana ada senaraikan barang untuk persediaan menerima kelahiran baby. Mama boleh refer kat blog Yana untuk beli barang2 baby. Terima kasih Yana. Tapi untuk anak kedua tak banyak barang yang perlu beli, sebab boleh guna yang Fahiem punya je. Cuma untuk baby kali ni mama perlukan baby cot. Kepada sesiapa yang terbaca blog ni boleh tak cadangkan kepada mama kat mana boleh beli baby cot yang berkualiti dengan harga yang berpatutan. Penting baby cot ni sebab paling utama adalah supaya Fahiem tak ganggu baby tidur. Heheheheh...Almaklum je la..Fahiem ni bukan boleh tengok baby, mesti nak cium punya.

Macammana dengan persiapan mama plak? Dah beli set bersalin? Hahah..masih mencari yang sesuai. Masa Fahiem dulu guna Leesa Formula. Tapi kali ni nak try yang lain plak. Mungkin Set Bersalin DCL. Oh ya kali ni mama akan berpantang kat rumah nenek. Kalau masa Fahiem dulu kat rumah Mak Tok. Tahun ni kebetulan Mak Su Yati pun nak bersalin (due sama ngan mama). Jadi Mak Su akan berpantang kat rumah Mak Tok. Kalau mama boleh bersalin normal, maknanya kemungkinan besar tak balik beraya sampailah bersalin. Nampaknya kena hantar Fahiem kat rumah nenek sebelum raya. Cian Fahiem.

Hujung minggu ni kalau ada masa nak pergi scan baby kat Poliklinik MediNur kat Puchong. Masa kandungan 5 bulan dah scan tapi tak nampak jantina baby. Pemalu agaknya baby ni. Kalau masa Fahiem dulu, tiap2 kali scan mesti nampak jantina..hahhahahah. Berdasarkan pengamatan dan pengalaman kawan-kawan mama, majoriti mengatakan baby mama adalah lelaki. Tapi nenek pernah kata yang no.2 ni perempuan berdasarkan lipatan di peha Fahiem semasa Fahiem baby dulu. Bagi mama, lelaki atau perempuan tu perkara no.2. Yang penting dapat bersalin dengan selamat dengan baby yang sihat sempurna. Insya Allah...

No comments: