SELAMAT DATANG KE BLOG FAHIEM IMTIYAAZ & NUR HADIYA NUHA

Saturday, September 27, 2008

Ingatkan dah nak bersalin................

Sabtu, 20 September/ Ramadhan, lepas selesai masak nasi ngan sambal tumis untuk buka posa, ada tanda nak bersalin keluar. Ada darah keluar sedikit. Mama cepat-cepat call ayah. Masa tu ayah dalam perjalanan dari Wangsa Maju ambil Fahiem ngan mak tok dan tok wan. Mama siapkan diri mandi dan terus pergi makan nasi sebab rasa dah sampai masa nak bersalin. Tak lama kemudian Acu ngan Mak Su pun sampai.Acu memang nak berbuka kat rumah kami hari tu. Acu tawarkan untuk hantar mama ke hospital sementara menanti ayah. Tapi mama menolak sebab tak rasa sakit lagi dan masih sempat tunggu ayah sampai. Sebaik saja ayah sampai, kami bergegas ke Hospital Putrajaya.
Jururawat bertugas membuat beberapa pemeriksaan pada mama. Ambil tekanan darah, buat CTG (pemeriksaan denyutan jantung baby menggunakan mesin khas), dan urine. Kemudian doktor buat VE iaitu check bukaan rahim. Ahhhh...nampaknya masih tertutup. Kepala baby masih jauh dari lorong. Doktor scan pula perut untuk lihat kedudukan baby. Semuanya normal. Baby dianggarkan punyai berat dari 2.8 - 3kg.
Pemeriksaan makan masa selama lebih kurang 2 jam. Doktor kata mama masih belum boleh bersalin lagi kerana rahim masih tertutup. Doktor benarkan balik rumah dan minta mama datang jika ada tanda-tanda seperti pendarahan yang banyak, pecah air ketuban atau mengalami contraction setiap 5 minit.
Alamak...lambat lagi rupanya nak bersalin..Suspense aje...mama pun balik kerumah.

No comments: