SELAMAT DATANG KE BLOG FAHIEM IMTIYAAZ & NUR HADIYA NUHA

Monday, March 09, 2009

Family day @Ancasa All Suites, Port Dickson


Pada 7 & 8 Mac 2009 Fahiem dan Nuha pergi Port Dickson sebab ofis ayah buat family day. Family day tu diadakan di Ancasa All Suites Resort and Spa di Teluk Kemang. Cantik tempat tu. Fahiem dan Nuha dapat stay kat apartment 2 bilik.


Kami sekeluarga sampai kat Ancasa dalam pukul 9 malam. Bila masuk je kat apartment tu, wahhh..leganya..hilang rasa penat dalam kereta. Terus nak tidur je rasanya...

Esoknya, pagi-pagi lagi Fahiem dan Nuha dah bangun. Semangat betul nak join acara-acara kat padang. Banyak acara diadakan. Antaranya Limbo Rock, baling telur berpasangan, mekap kan suami dan lain-lain. Tu semua untuk orang dewasa. Bagi kanak-kanak pula ada cari gula-gula dalam tepung, pancing botol, mewarna lukisan, bawa bola ping pong dalam sudu dan banyak lagi. Tapi Fahiem hanya boleh masuk satu acara sahaja iaitu rebut gula-gula dalam suratkhabar. Sebabnya tu je acara yang dibuka untuk kanak-kanak dibawah 3 tahun. Oklah tu...

Inilah aksi-aksi Fahiem dalam acara tu. Kutip punya kutip dapatlah empat biji je gula-gula. Tak layak jadi pemenang. Kawan-kawan lain dapat lagi banyak. Walau apapun Fahiem enjoy masuk acara tu....

Nuha pula hanya menyertai acara bergambar dengan kawan-kawan ofis ayah...Tak ada pun acara utk bayi 5 bulan..Takpelah..Nuha dah besar nanti Nuha nak masuk acara kutip gula-gula juga macam along...

Disebelah malam pula ada dinner BBQ. Ada acara cabutan bertuah. Ayah dapat hamper. Fahiem suka sangat sebab dapat makan macam-macam makanan dalam hamper tu. Terima kasih ayah...bagi Fahiem makan snap...

No comments: