SELAMAT DATANG KE BLOG FAHIEM IMTIYAAZ & NUR HADIYA NUHA

Tuesday, March 24, 2009

Pesta Belon Panas Putrajaya

Sempena cuti sekolah minggu lepas, telah diadakan Pesta Belon Panas Antarabangsa Putrajaya yang pertama. Ia diadakan di Presint 2, Putrajaya. Mama mengambil peluang ini membawa Fahiem dan Nuha pergi tengok pesta tersebut pada hari Ahad, 22 Mac 2009. Turut serta ialah Mak Usu. Ayah tak ada sebab balik kampung hantar Mak Tok dan Tok Wan. Fahiem dan Nuha dah siap mandi awal hari tu. Kami keluar rumah seawal pukul 7 pagi. Punyalah bersemangat nak tengok belon panas. Bila sampai je kat tapak pesta, rupanya dah ramai orang. Mesti mereka lagi awal datang ke situ.

Masa kami sampai, dah ada beberapa belon yang sudah diterbangkan. Ada juga belon yang sedang dipam. Ada pelbagai bentuk belon. Antaranya bentuk bulat, bentuk buah oren, bentuk gajah, bentuk badut, bentuk cawan dan bentuk burung merak. Fahiem suka sangat tengok belon-belon tu. Fahiem kata belon yang bulat tu botak sebab bulat je, yang badut tu ada kepala sebab pakai topi.

Lepas semua belon dah diterbangkan, kami pergi tengok karnival Pesta Belon yang diadakan tidak jauh dari tapak pelepasan belon. Ada banyak gerai menjual pelbagai jenis barangan dan ada booth pameran. Antaranya ialah gerai jual makanan, jual t-shirt pesta belon, gerai Upin dan Ipin, booth kereta Honda dan banyak lagi. Fahiem singgah di booth pameran bakul belon panas. Walaupun tak dapat naik belon panas, dapat panjat bakul belon tu pun cukuplah..

Suasana di pesta belon

Fahiem sedang menyaksikan bagaimana belon panas diterbangkan

Fahiem tengah memanjat bakul belon panas

No comments: