SELAMAT DATANG KE BLOG FAHIEM IMTIYAAZ & NUR HADIYA NUHA

Sunday, April 12, 2009

Citer Nuha

Dah lama tak citer pasal Nuha. Apa citer Nuha? Sekarang, umur Nuha dah 6 bulan. Minggu lepas pergi klinik untuk pemeriksaan bulanan. Alhamdulillah Nuha sihat. Berat Nuha sekarang ialah 7.03kg dan panjang (tinggi) pula ialah 63cm. Selepas ni Nuha perlu hadir ke klinik dua bulan sekali untuk pemeriksaan.

Nuha dah pandai buat apa? Nuha dah boleh mengundur ke belakang, angkat badan, memegang objek, menggoyangkan badan apabila mendengar muzik dan bercakap dalam bahasa bayi . Nuha juga dah makan nestum. Mama beri Nuha 2 perisa nestum iaitu perisa beras dan beras campur susu. Nampaknya Nuha gemarkan kedua-dua perisa nestum tu. Setakat ni Nuha boleh buang air besar dengan lawas. Mungkin juga sebab Nuha minum susu badan. Jika dibandingkan dengan Fahiem ketika mula-mula makan nestum, Fahiem mengalami kesukaran membuang air besar. Ini kerana pada masa tersebut, susu badan mama dah berkurangan. Fahiem lebih banyak minum susu tepung. Kali ini mama berharap dapat menyusukan Nuha sehingga umur Nuha 2 tahun. Insya Allah.
.

2 comments:

Raja Radiah said...

sukanya auntie tengok nuha...bolat...eee geramnya.....

ayousha said...

tima acih auntie raja...