SELAMAT DATANG KE BLOG FAHIEM IMTIYAAZ & NUR HADIYA NUHA

Sunday, July 26, 2009

Jalan-jalan Putrajaya Part 2


Minggu ni ayah bawa kami round-round Putrajaya. Kali ni ke Pusat Kejiranan Presint 11. Pusat Kejiranan ni baru je dibuka. Ada kolam renang di situ. Nampak menarik je untuk bersantai bersama keluarga. Ada kolam renang untuk kanak-kanak dan ada untuk orang dewasa. Setakat ni untuk masuk ke kolam belum dikenakan bayaran. Mungkin tak lama lagi kena bayar. Masa kami datang tu tak bawa pakaian renang, jadi tak dapatlah Fahiem main-main air. Fahiem sungguh teruja nak mandi. Takpe lain kali boleh pergi lagi. Tak jauh pun dari rumah.




Selain daripada Presint 11 ni, terdapat juga kolam renang di Presint 6, 9 dan 16. Tapi mungkin yang paling cantik adalah di sini. Disini terdapat gazebo untuk berehat, mungkin juga boleh berkelah disitu. Itupun kalau dibenarkan oleh pihak pengurusan kolam. Sekali pandang macam kat resort plak. Memang cantik.

Terdapat juga playground untuk kanak-kanak . Tengokla betapa seronoknya Fahiem bermain disitu. Memang disyorkan kepada sesiapa di luar sana untuk datang kesini.


2 comments:

atanseri said...

Salam sejahtera,

Dari bacaan blog ini kelihatan anak puan mengalami G6PD.
Pada bulan ini juga anak lelaki saya dilahirkan. 2 hari selepas dilahirkan hospital memberitahu saya mengenai simptom yang sama dengan anak puan.
Terasa hiba mendengarnya bila anak ada menghidapai penyakit ini.

email: atanseri@yahoo.com

ayousha said...

hi atanseri,
jgn risau. pastikan saudara mengikut panduan yg telah diberi oleh hospital.