SELAMAT DATANG KE BLOG FAHIEM IMTIYAAZ & NUR HADIYA NUHA

Wednesday, August 12, 2009

Minda Separuh Sedar (Sub-conscious mind)

Tadi ayah pergi kursus berkenaan minda separuh sedar. Ayah ceritakan serba sedikit kepada mama tentang pengisian kursus. Memang menarik dan mama ingin kongsikan info tersebut disini.


1. Minda Separuh Sedar

12% dalam diri manusia dipengaruhi oleh minda sedar dan 88% minda separuh sedar. Minda sedar berkait rapat dengan pengetahuan manusia manakala minda separuh sedar ialah berkaitan dengan kepercayaan dan keyakinan dalam diri manusia. Maksudnya sebahagian besar kelakuan manusia dipengaruhi oleh minda separuh sedar. Ini contoh yang diberi oleh penceramah, Mir HELMINIRY HAD BIN HAJI SABTU dari Perwira Global Consultancy


Seorang perokok sukar untuk berhenti merokok kerana minda separuh sedar (keyakinan dan kepercayaan) bahawa merokok itu dapat mengurangkan tekanan. Walaupun mereka mempunyai pengetahuan tentang bahayanya merokok tetapi disebabkan minda separuh sedar lebih menguasai, maka tabiat merokok tidak dapat dihentikan.

Dalam kehidupan seharian, kita berada di dalam keadaan minda separuh sedar ketika sebelum tidur dan ketika sebelum bangun tidur (bila kita berada dalam keadaan mamai) . Minda separuh sedar menyimpan memori dan diprogramkan didalam kehidupan kita. Oleh yang demikian kita boleh mempertingkatkan minda separuh sedar untuk kebaikan.

Contohnya kepada anak-anak. Ketika menidurkan anak kita boleh bercakap ditelinganya perkara-perkara yang baik supaya ianya dapat disimpan didalam memori dan diprogram dalam kehidupannya. Misalnya kita berpesan kepada anak supaya berkelakuan baik, belajar bersungguh-sungguh atau apa saja yang boleh membentuk sahsiah dirinya. Insya Allah cara ini berkesan jika kita melakukannya berulang kali TETAPI perlu diingat kita hendaklah menggunakan perkataan atau ayat yang positif. Ayat atau perkataan yang negatif perlu dielakkan seperti Jangan malas, jangan bergaduh dsb kerana otak tidak dapt mengenalpasti perkataan JANGAN.

Untuk diri sendiri pula, kita perlu bercakap kepada diri kita perkara-perkara yang positif supaya ia dapat menguasai pemikiran dan perlakuan kita. Masa yang paling baik untuk melakukannya adalah semasa dalam keadaan rehat dan ketika diri berada dalam keadaan tenang.

Nota : Pernah seorang teman berpesan kepada mama supaya membisikkan ke telinga anak ketika dia tidur supaya berbuat baik. Insya Allah anak akan patuh kepada pesanan tersebut.

2. Gelombang Pada Suara Manusia



Dalam suara manusia terdapat gelombang yang boleh mempengaruhi minda separuh sedar. Penceramah menceritakan kisah seorang Professor berbangsa Jepun yang telah membuat ujikaji terhadap 2 gelas air. Professor tersebut telah berkata perkara2 yang positif terhadap gelas pertama manakala berkata perkara negatif terhadap gelas kedua. Apabila beliau menggunakan mikroskop untuk melihat gelombang air dari gelas pertama, didapati struktur gelombang yang lengkap dan berwarna putih manakala bagi gelas kedua struktur gelombang adalah tidak lengkap dan berwarna hitam. Professor berbangsa Jepun itu telah memeluk agama Islam kesan dari penemuan keatas kajiannya.

Ini menunjukkan percakapan manusia semasa berhadapan dengan makanan atau minuman samaada positif atau negatif , kedua-duanya mempengaruhi minda dan perlakuan kita apabila kita makan atau minum makanan/ minuman tersebut. Oleh yang demikian, jangan bercakap ketika makan atau minum kecuali perkara-perkara yang baik.

Nota : Patutlah orang tua-tua selalu berpesan jangan bercakap masa makan. Lagi satu hari ni baru mama dapat jawapan kenapa orang mengambil peluang untuk meletakkan air dalam bekas terbuka ketika bacaan Yasin.


No comments: