SELAMAT DATANG KE BLOG FAHIEM IMTIYAAZ & NUR HADIYA NUHA

Monday, November 09, 2009

Family Trip @Cameron Highland


Sabtu yang lepas kami ke Cameron Highland. Ini adalah family trip. Maksu booking apartment MARA di Equatorial Hotel, Brinchang. Seronok dapat pergi trip ramai-ramai. Kali ni keluarga Ibu saja yang tak ikut sebab Abah ada seminar. Kami ikut jalan Simpang Pulai dan sampai ke Brinchang lebih kurang pukul 12 tghari. Pada permulaan cuaca cerah. Kami hantar beg ke apartment dan solat. Pukul 2.30 terus ke Big Red Strawberry Farm. Hujan mulai turun.Nasib baik tempat ni berbumbung. Disini terdapat nurseri pelbagai bunga dan juga strawberry. Kami tak melepaskan peluang untuk menikmati buah strawberi bersama krim.
Fahiem dan Nuha tak melepaskan pelang bergambar di sana. Ada juga mainan Ultraman. suka betul Fahiem.Tengoklah aksi dia atas Ultraman tu.

Setelah puas makan strawberi, kami ke ladang teh di Cameron Valley Tea Plantation. Juga di Brinchang. Semua nak rasa minum teh perisa blackcurrant dengan strawberi. Bolehla tahan rasanya. Cantik pemandangan kat sini.

Walaupun dah makan strawberi dan dapat minum teh kat ladang tapi perut kami masih laparkan nasi. Hahah...apalagi kami ke Tanah Rata dan memilih untuk makan di Fauzi Tomyam. Pergghh!!!!... memang sedap steamboat, tomyam dan siakap 3 rasa. Berselera sungguh makan. Tambahan lagi masa tu hujan.

Esoknya sebelum meninggalkan Cameron Highland, kami ke pasar di Kea Farm, Brinchang. Jalan sesak. Terlupa plak nak snap gambar. Kat sini memang murah kalau nak beli sayur dan strawberi. Sempat juga singgah di Bharat Tea Plantation untk menikmati keindahan pemandangan ladang teh.

2 comments:

E-na Zarina said...

bestnya jln2 dgn family...E-na lum sampai lg CH ni he he..

ayousha said...

e-na,balik dari jepun nnt jgn lupa pegi CH...best...