SELAMAT DATANG KE BLOG FAHIEM IMTIYAAZ & NUR HADIYA NUHA

Thursday, July 22, 2010

Migraine o migraine....

Migraine. Apa itu migraine? Kalau nak tau detail boleh tgk Wikipedia . Kenapa tetiba nak citer psl migraine ni? Sebabnya semalam migraine datang serang mama...Huhu betapa seksa rasanya.

Gambar: Credit to staysmagazine

Mari flashback asal usul migraine mama. Mama mula kena migraine sejak tahun 1999 iaitu semasa belajar di UiTM Shah Alam. Mama kerap sakit kepala. Selalunya sakit kepala datang waktu petang selepas habis kelas. Bila sakit kepala datang, mama mesti muntah dan sakit perut. Perasaannya seperti nak hantuk je kepala kat dinding. Tapi mama tak pernah la buat camtu. Roomate mama pada masa tu akan urut kepala dan badan mama supaya angin keluar. Badan mama plak memang banyak angin. Roomate mama a.k.a Kak Tun menggunakan duit syiling untuk urut badan. Belajar dengan bibik katanya. Tapi memang banyakla angin keluar. Sedikit sebanyak dapat mengurangkan rasa sakit kepala. Boleh kata tiap-tiap minggu mama kena migraine. Sekali pun tak pernah pergi klinik, maklumla student bukannya banyak duit nak bayar klinik. Kalau tak berurut, mama telan panadol dan tidur.

Bila masuk ke alam pekerjaan, penyakit ni masih menyerang mama. Tiap2 kali closing account pasti migraine datang. Kerja yang kejar deadline, multitasking dan banyak lagi faktor di tempat kerja mama menyumbang kepada migraine. Jadi tiap2 bulan pasti mengunjungi klinik. Nasib baikla klinik panel. Doktor pernah tanya samaada mama amalkan minum minuman berkafein. Jawapannya ya. Mama memang" hantu nescafe" time study dulu. Tiap2 hari pasti nak minum nescafe. Dah jadi ketagihan. Satu hari dalam 3 - 4 mug mama minum. Rupanya tak elok untuk kesihatan. Mungkin itulah penyebab mama selalu kena migraine.
Sekarang mama dah tak minum nescafe lagi. Kalau minum, mesti lepas tu sakit kepala. Agak lama juga mama tak diserang migraine. Tapi semalam ia datang menyerang. Mungkin sebab terlalu banyak melihat dokumen yang tulisannya kecil2. Badan mama sekejap rasa sejuk, sekejap rasa panas sampai berpeluh2. Mama muntah beberapa kali. Allah saja yang tahu betapa seksanya bila didatangi migraine.

Nasib baikla suami dan anak-anak memahami. Ayah mengambil alih tugas mama menguruskan rumah dan anak-anak. Fahiem cakap, "Mama kalau sakit kepala, mama rehatlah dulu ye...(sambil usap kepala mama)." Alahai sejuk hati mama. Doktor bekalkan mama 3 jenis ubat iaitu Cafergot, ubat tahan muntah dan juga ubat angin. Memang cafergot melegakan migraine mama. Doktor nasihatkan mama berehat di rumah. Doktor bagi MC sehari. Terima kasih dok.

2 comments:

Lovely Kitchen said...

adoiyaiiii sakitnya!!! perit rasanya bila kena serangan migraine...cuba jgn stres sgt dengan keje dan mengadap beria sehingga boleh terkena migraine...cuba utk buat biasa2 je walaupun banyak keje...sbb bila dah kena mmg sakit yg keterlaluan....bilalah ayu nak naik badan cam ni...get well soon..n take gud care of ur health k...

ayousha said...

thanx ena...haha ntahla bila sy nk gemuk. mgkn dh tua nnt bila anak2 dh besar. hahahahha