SELAMAT DATANG KE BLOG FAHIEM IMTIYAAZ & NUR HADIYA NUHA

Monday, November 08, 2010

Bercuti di Kedah

Pada Rabu minggu lepas kami ikut ayah outstation di Alor Setar. Kami bertolak pada Rabu malam. Hujan lebat di sepanjang perjalanan. Risau juga banjir disana. Sampai di Alor Setar lebih kurang pukul 1 pagi. Terdapat beberapa kawasan di bandaraya Alor Setar yang dinaiki air. Kami terus mencari hotel penginapan. Kebanyakan hotel penuh. Setelah survey di beberapa buah hotel akhirnya kami menginap di Holiday Villa.

Keesokan harinya setelah ayah selesai tugasan di pejabat cawangan, kami bertolak ke Kuala Kedah. Kami merancang untuk bercuti di Pulau Langkawi. Jarak dari Alor Setar ke Kuala Kedah ialah 11km. Kami parking kereta di Tempat Letak Kereta di Dewan Wisma Nelayan, Persatuan Nelayan Kawasan Kuala Kedah. Caj sehari adalah RM10. Murah berbanding beberapa tempat yang kami survey, rata-rata mengenakan caj RM15 sehari.Dewan ini agak tinggi, dan selamat daripada dinaiki air. 
       Dari tempat parking kami berjalan kaki ke jeti Kuala Kedah, mengambil masa  5 minit. Sampai di jeti terus beli tiket feri. Harga untuk dewasa RM23 seorang manakala kanak-kanak berumur 3 thn keatas harganya adalah RM17.00. Kanak-kanak 2 thn kebawah tidak dikenakan tambang. Perjalanan ke Pulau Langkawi mengambil masa selama 1 jam 30 minit.

Sepanjang perjalanan,terasa agak pening. Mujurlah Fahiem hanya muntah ketika feri sampai di jeti Pulau Langkawi. Mama pula memang dah standby bawa plastik. Kalau tidak, sure habis pakaian.
     Setibanya di sana ,kami mengambil teksi untuk ke hotel Langkawi Seaview di Jalan Penarak. Fahiem teruja naik teksi van. Pastu asyik tanya kenapa tak naik kereta ayah. Aduhai anak mama ni...kan kita parking kereta kat Kuala Kedah...ayoyo...Fahiem.... 

     Kami berada di Langkawi selama 3 hari 2 malam. Memandangkan cuaca hujan, aktiviti adalah terhad. Jadi kami hanya pergi Underwater World dan jalan-jalan di Pekan Kuah. Plan asal nak pergi naik Cable Car, tapi sebab keadaan cuaca yang tidak mengizinkan, terpaksa lupakan hasrat. Walaubagaimanapun, Fahiem dan Nuha enjoy tengok ikan. Kat Pekan Kuah pula, sempatle beli baju kat dia orang, sebagai ganti x naik cable car. Ok la tu kan.


Setelah 3 hari di Langkawi kami ke Sungai Petani pula. Singgah bermalam di Hotel HPA iaitu El Zahraa Inn. Teruja bermalam disini. Inilah kali pertama mama jumpa hotel yang menyediakan Al-Quran, telekung dan kain pelikat untuk customer. .


Sebenarnya tujuan paling utama ke SP ni sbb nak rasa makan ayam Radix FC. Mmmm..memang sedap. Restoran ni terletak tidak jauh dari Hotel El Zahraa Inn.

Pemandangan dalam hotel El Zahraa Inn

Pada sebelah petang, kami pusing-pusing SP. Ternampak Restoran Cendol Pulut Jo. Terus singgah pekena cendol pulut dan cucur udang. Pegghh...sedap betul. Keesokan harinya kami check out awal pagi. Breakfast kat Restoran Organic Recipe HPA, bersebelahan El Zahraa Inn. Mama makan nasi lemak kepayang, nasinya berwarna hijau. Sedap.

Antara perniagaan makanan HPA
Selesai breakfast buat kali terakhir sebelum meninggalkan SP, kami ambil peluang pusing SP sekali lagi. Kami pusing2 di Bandar Laguna. Dapatlah snap gambar beberapa bisnes milik HPA. Antaranya butik pakaian, bengkel kereta, dobi, kedai menjual produk herba dan juga kolej. Patutlah SP dikenali sebagai bandar HPA.

Rasanya belum puas bercuti di Langkawi dan Sungai Petani. Dua tempat yang memang menarik. Insya Allah panjang umur, kita pergi lagi.....

No comments: