SELAMAT DATANG KE BLOG FAHIEM IMTIYAAZ & NUR HADIYA NUHA

Tuesday, November 11, 2008

Detik-detik kelahiran Nuha







Jam 3 pagi, 29.9.08, Mama sakit perut. Terus ke tandas, tapi belum sempat masuk tandas sakit hilang. Setengah jam lepas tu, mama sakit perut lagi. Mmmm...ni memang sakit nak bersalin..Mama kejutkan ayah dan beritahu mama dah rasa "contraction". Lepas tu mama makan nasi.....(nak kumpul tenaga, kot kot bersalin pagi nanti). Sakit datang setiap setengah jam...Bila masuk waktu Subuh, mama persiapkan diri dan solat...

Menjelang siang, masih sakit...Ayah mula risau dan ajak mama pergi hospital. Masa tu dah pukul 8 pagi. Sampai di hospital, tak ramai pesakit. Kakitangan bertugas juga tak ramai. Maklumla lagi dua hari nak raya. Selesai pendaftaran, nurse suruh mama masuk ke bilik triage. Macam biasa buat CTG. Sambil tu nurse buat VE. Dah buka 3 cm katanya. Anak pun dah buang air besar tapi masih di peringkat yang tidak menjejaskan keadaan kandungan. Nurse hantar mama ke "labour room" tepat jam 9.20pagi.

Mama menukar pakaian untuk bersalin. Terus baring atas katil dan bersiap sedia menunggu waktu bersalin. Nurse pasangkan alat untuk buat CTG. Ayah temankan mama dalam labour room. "Jika tak dapat tahan kesakitan, Puan tarik nafas dan sedut etanol..."beritahu nurse. Sakit perut terus menghantui mama..sakit mula datang setiap 5 minit. Tapi mama kena tunggu sehingga rahim buka 10 cm baru boleh bersalin. Disebabkan masa melahirkan Fahiem adalah melalui pembedahan, jadi bersalin kali ni adalah seperti bersalin kali pertama. Bukan mudah untuk menunggu rahim terbuka sehingga 10 cm. Setiap kali sakit datang memang mama sedut etanol. Kesakitannya...hanya Allah yang tahu...Setiap ibu yang sedang menghadapi saat-saat melahirkan pasti merasai kesakitan ini. Kadangkala terasa seperti nak buang air besar, kadangkala seperti nak muntah...Di saat inilah perlunya kehadiran suami bagi memberikan sokongan kepada isteri...Mama bersyukur...Ayah sentiasa disisi mama di saat-saat menghadapi kesakitan itu.

Jam menunjukkan pukul 12 tengahari...doktor bertugas pada hari tu, Dr. Fakhrul Abbas memeriksa bukaan rahim. Baru 6 cm katanya. Ya Allah Ya Tuhanku...berilah aku kekuatan untuk menghadapi dugaanMu ini...Subhanallah...Subhanallah....Subhanallah....itu sahaja yang mampu mama luahkan setiap kali rasa sakit...Jam 1 tengahari..sekali lagi doktor buat pemeriksaan rahim...baru buka 7cm....Mama seolah-olah tidak lagi dapat menahan kesakitan..."Doktor, kalau lambat sangat nak buka 10 cm boleh tak bedah saja?" kata mama..Kami ada condition tertentu baru boleh bedah pesakit..." kata doktor. Nurse yang bertugas pada hari tu menasihatkan mama agar bersabar. Nurse memberikan kata-kata semangat kepada mama. Mama hampir hilang pertimbangan setiap kali rasa sakit. Mujurlah Ayah dan nurse berjaya mententeramkan mama....

Lebih kurang jam 3 petang, mama terasa seakan nak meneran. Ayah panggil doktor. Dr Abbas memeriksa rahim. Dah buka 10 cm. Beliau memanggil nurse untuk membuat persediaan. "Puan sudah boleh bersedia untuk bersalin. Cuba teran bila rasa sakit di perut" kata Dr. Abbas. Sambil tu nurse mengajar mama cara untuk meneran. Dr Abbas suruh ayah berdiri di sebelah kanan mama untuk beri sokongan. Beberapa kali mama cuba untuk meneran setiap kali sakit di perut. Adakalanya mama tersalah teran. Agak sukar untuk bayi keluar kerana mamadah hilang tenaga untuk meneran. Dr Abbas memberikan kata-kata semangat agar mama meneruskan perjuangan untuk meneran agar bayi boleh keluar. Setelah beberapa kali percubaan, akhirnya mama terdengar nurse berkata " OK, potong tali pusat" Di saat itu kesakitan terus hilang.....Bayi mama selamat dilahirkan....Mama memanjatkan kesyukuran kepada Illahi kerana mama selamat melahirkan....Nur Hadiya Nuha....

No comments: