SELAMAT DATANG KE BLOG FAHIEM IMTIYAAZ & NUR HADIYA NUHA

Tuesday, November 11, 2008

Beraya dalam wad pediatrik....




30 September 2008, Mama dan Nuha dibenarkan keluar wad O&G (Obstetrik & Gynaecology)...Gembira betul dapat keluar wad sehari sebelum raya. Tak sabar betul nak balik beraya kat kampung. Lagi2 bawa baby baru.... Tiba-tiba nurse datang dan beritahu, "Puan, bayi Puan perlu dimasukkan ke wad pediatrik. Bayi Puan didapati kurang G6PD". Nurse menghulurkan risalah berkenaan G6PD. Menurut risalah tersebut, G6PD ialah Glucose 6 Phospate Dhydrogenese. Ia adalah sejenis enzim di dalam sel darah merah berfungsi utk
melindungi sel darah merah daripada dimusnahkan dengan lebih awal. Nurse beritahu Nuha perlu diletakkan dalam pengawasan hospital sekurang-kurangnya 9 hingga 10 hari. Sampel darahnya perlu diambil tiap-tiap hari sehingga darahnya menjadi normal.

Kegembiraan tadi bertukar jadi kesedihan... Huwaaaa.....beraya kat hospital la jawabnya..Tapi demi kesihatan Nuha hidup mesti diteruskan. Mama dan Nuha berpindah ke wad 2C dan ditempatkan di katil no. 2. Dalam wad, Nuha terpaksa tidur di bawah lampu. Cian anak mama. Di saat orang bergembira menyambut raya, kita plak kena duduk dalam wad. Semasa dalam wad Doktor memberi sedikit penerangan berkenaan G6PD. Mmmm..nampaknya bayi yang kurang G6PD amat sensitif kpd kacang parang, ubat gegat, ubat tradisional, jamu, ubat sehseh dan pelbagai lagi. Rupanya Nuha tidak keseorangan mengalami masalah ini. Ramai lagi kanak-kanak lain yang kekurangan G6PD ditempatkan di dlm wad yang sama.

Selama berada di wad, sampel darah Nuha diambil tiap-tiap pagi untuk dianalisa di makmal. Mujurlah ada sepupu mama, Along Faizal yang bekerja di makmal hospital Putrajaya. Jadi dia banyak beri maklumat berkenaan G6PD kepada mama. Selain ayah yang datang menemani mama, Along Faizal juga datang melawat Nuha dan mama di wad. Jadi tidaklah rasa sunyi. Acik Azue dan Ayah Andak Zuan sekeluarga juga datang.

Akhirnya pada 4.10.08 Nuha dan mama dibenarkan keluar wad.


No comments: