SELAMAT DATANG KE BLOG FAHIEM IMTIYAAZ & NUR HADIYA NUHA

Saturday, November 15, 2008

Rombongan Melawat Nuha


Hari Jumaat 14 Nov 2008, Along sekeluarga, Ibu sekeluarga dan Acu sekeluarga datang melawat Nuha. Mak Tok dan Tok Wan turut serta. Kecuali Mak Tok dan Tok Wan, inilah kali pertama mereka datang untuk melawat Nuha.

Bagi meraikan kedatangan mereka, mama telah menempah cupcake dari Kak Zana. Terima kasih Kak Zana, memang sedap cupcakenya...Nanti leh tempah lagi..

Sejak Nuha dilahirkan inilah kali pertama kami sekeluarga berkumpul. Suasana jadi meriah bila dah ramai kat rumah. Lagi-lagi Fahiem yang kini dah boleh digelar Along Fahiem. Berlari dan melompat-lompat bersama-sama Razin dan Darweesh.

Nuha pula dapat berjumpa Hakiem yang berumur dua hari lebih tua dari Nuha...Bukan main happy nampaknya Nuha dan Haqiem bila dipertemukan. Haqiem dah pandai buat aksi seperti pemain bolasepak professional (orang Trong kata gawang)...Nuha pula asyik nak bersembang (Mak Tok kata suka mengaku)...

1 comment:

zanaz said...

tima kacih ayu pasal sudi aja menempah dgn akak. wei cute nya baby...mai pinjam sat hehehe