SELAMAT DATANG KE BLOG FAHIEM IMTIYAAZ & NUR HADIYA NUHA

Sunday, January 04, 2009

Blog-blog keluarga Fahiem








Blog Kakak Nasreen

Blog Abang Haziq

Wah wah wah..sumer dah ada blog sendiri ni..Hahaha...sumer dah terjun ke dunia blog. Siap Hfiy hakiem yg baru 3 bln pun dh minat ber"blogging"..

Begitu hebatnya dunia internet masakini..x perlu lagi keluar duit utk memiliki laman web. Semuanya percuma. Hanya perlu explore utk membina web atau blog. Lihatlah hari ini sesiapa saja boleh memiliki blog sendiri.

Berbalik kepada kisah blog ahli keluarga Fahiem ni, segalanya bermula dengan kewujudan blog Fahiem sendiri pada 11 September 2006. Hampir 2 thn 4 bln dah usianya. Blog ini memuatkan apa-apa saja cerita mengenai keluarga Fahiem.

Antara blog sepupu Fahiem yg terawal adalah blog abang Qayyiem iaitu qayyieman.blogspot.com. Telah diwujudkan pada hari lahir abang Qayyiem yang ke 12 tetapi hanya diaktifkan baru-baru ini sahaja.

Lain-lain blog ialah blog Abah (bapa saudara Fahiem), Kakak Nasreen , Abang Darweesh dan Hakiem. Turut menulis blog sendiri ialah Ibu (ibu saudara Fahiem), Abang Haziq dan Abang Faiq.

Walaupun blog-blog ini hanya tertumpu kepada kisah masing2 tetapi secara tidak langsung ianya telah mendedahkan semua kepada kecanggihan dunia komunikasi sekarang dan juga secara khususnya telah merapatkan hubungan antara ahli keluarga fahiem... bagi pembaca sekalian anda juga boleh memiliki blog sendiri (bagi yang belum ada)..... pasti menyeronokan!!!

2 comments:

Mama_Aqish said...

nice semua blog family u, salam perkenalan dari saya. kita tukar link, i dah add follow blog u

ayousha said...

tima kasih mama aqish..salam perkenalan juga...i dh jd follower blog u juga...