SELAMAT DATANG KE BLOG FAHIEM IMTIYAAZ & NUR HADIYA NUHA

Monday, January 05, 2009

Ronda-ronda Putrajaya Part 1 - Kompleks Sukan Air Putrajaya

Sepanjang mama mengandung, Fahiem jarang dapat pergi main kat taman kat PICC dan jalan-jalan sekitar Putrajaya. Sekarang mama dah bersalin dan usia Nuha pun dah 3 bulan. Jadi Fahiem ajak ayah dan mama pergi ke Kompleks Sukan Air Putrajaya. Hampir 8 bulan tinggal di Presint 8, inilah kali pertama Fahiem ke sana. Kompleks Sukan Air Putrajaya terletak berhampiran PICC dan Pullman Hotel. Menarik sungguh disana. Rupanya terdapat kolam renang didalamnya. Ada 3 kolam iaitu satu bersaiz olimpik untuk orang dewasa, dan 2 untuk kanak-kanak. Malangnya masa Fahiem kesana kolam ditutup untuk penyelenggaraan. Tak ada can la Fahiem nak mandi kolam. Walau bagaimanapun ruang atas kompleks sukan dibuka. Jadi dapatlah Fahiem melihat kolam dari atas. Masa Fahiem sedang melihat suasana di kompleks tersebut, Fahiem ternampak pantai berpasir buatan manusia tidak jauh dari kolam renang. Ramai kanak-kanak sedang mandi. Wahhh...begitu menarik sekali. Ala-ala berada di PD. Hmmm...Lain kali Fahiem nak datang lagi kesini untuk mandi manda.

Papan tanda Kompleks Sukan Air Putrajaya



Kelihatan bot laju di dalam tasik



Meninjau-ninjau pemandangan dari atas kompleks



Pemandangan kolam bersaiz olimpik dari atas kompleks


Kolam bersaiz kecil




Kolam yang paling kecil untuk kanak-kanak

Pantai berpasir buatan, siap ada laut dan pokok kelapa


Wahh...terasa seperti berada di Pantai PD

2 comments:

ija said...

macam best jer Ayu.Nak pegi jugak boleh ker?

ayousha said...

mai la dtg Putrajaya..biasa ada pesta air kat situ tp x penah pegi pun. rasanya tiap2 thn ada. ni pun kami baru tau tpt tu lps ada kwn tanya psl Pullman Hotel. Tu yg kami g ronda2 dan jumpa tpt ni..nnt kalau ija dtg Putrajaya singgahla kat umah...tak jauh dr masjid dan jambatan wawasan (org kata jambatan tulang)