Hari Rabu baru-baru ni (1 April 2009) kami sekeluarga pergi hantar Mak Tok dan Tok wan serta Abah sekeluarga ke KLIA. Mereka semua nak pergi umrah. Seronoknya mereka berpeluang menunaikan ibadat umrah. Bagi Mak Tok dan Tok Wan ini adalah kunjungan kali kedua ke Mekah selepas mengerjakan haji pada tahun 2004. Masa tu Mama dan Ayah baru je 4 bulan kahwin (terkenang masa tengah berdua...hehhehe)..Bagi Ibu pula ini adalah kali ke 3 selepas umrah dan haji masing-masing pada tahun 2004 dan 2005. Abah pula? Dah berkali-kali ke Mekah... (untungnya Abah...) Manakala bagi Hazzieq, Qayyiem, Nasreen dan Darweesh, inilah kali pertama mereka menjejakkan kaki ke tanah suci Mekah. Muda-muda lagi dah ke sana. Mereka akan berada di tanah suci selama 11 hari.

Kepada Mak Tok, Tok Wan dan Abah sekeluarga, selamat menunaikan umrah dan semoga ibadah diberkati Allah s.w.t
2 comments:
selamat menunaikan umrah @ selamat pergi & selamat pulang...
tima kasih..mama aqish
Post a Comment