SELAMAT DATANG KE BLOG FAHIEM IMTIYAAZ & NUR HADIYA NUHA

Wednesday, March 04, 2015

Trip to Sabah ( 19-22 Februari 2015)





Yo! peace 2 jam naik flight KL - Kota Kinabalu 


Posing depan kapal terbang

Dah sampai Kota kinabalu .... jom tengok2 gambar trip ni ...







Sunday, September 16, 2012

I'm back!!!!!

Assalammualaikum wbt

Sudah lebih setahun blog ini terbiar. Penuh sawang. Tuan rumah sungguh sibuk plus sifat M nak update blog. Harapan tuan rumah mulai hari ini blog akan berseri kembali. Tuan rumah kini telah berhijrah ke suatu daerah yang menarik di Selangor iaitu Sabak Bernam. Yay....mulai hari ini kita bersiaran dari Sabak Bernam.....
 
Terima kasih kepada pengunjung blog yang telah mencoretkan sepatah dua kata di Jom Sembang. Tidak kiralah nak promote bisnes atau blogwalking, mama ucap terima kasih.
 



Meh tengok gambar2 di Pantai Batu 23, Sg Nibong, Sg. Besar. Gambar di waktu senja. Hajat hati nak makan mee udang di sana tapi ada satu je restoran yang buka petang tu. Mee udang yang best kat kedai yang tutup. Takpe lain kali kita pergi lagi. Layannnnn......

Sunday, August 21, 2011

7 tahun sudah......



Hari ini 21 Ogos 2011 genap 7 tahun perkahwinan kami. Alhamdulillah syukur kepada Allah kerana telah memanjangkan jodoh perkahwinan kami sehingga ke hari ini. Syukur juga kerana telah dikurniakan dengan sepasang cahayamata - Fahiem dan Nuha sebagai pengikat kasih sayang kita.

Terima kasih ayah kerana telah menjadi suami yang terbaik buat mama. Selama 7 tahun itu kita telah melalui pelbagai susah payah bersama. Terima kasih kerana amat memahami mama. Semoga Allah kurniakan kita jodoh yang berpanjangan sehingga ke akhir hayat. Amin.



Blogger Templates
Blogger Templates

Tuesday, November 16, 2010

Pengorbanan

Pagi tadi masa on the way pegi kerja, mama nampak banyak lembu kat padang tak jauh dari rumah. Lembu-lembu tu ditambat dan dibiarkan makan rumput. Ada banyak kanopi dipasang. Semuanya untuk persiapan menjelang Hari Raya Qurban esok. Mama tunjuk kat Fahiem dan Nuha," tengok kat sana, ada banyak lembu." Fahiem seronok tengok lembu. Nuha pun jerit-jerit tengok lembu2 tu. Fahiem tanya mama kenapa banyak lembu kat situ. Mama kata lembu tu nak kena sembelih esok. Fahiem tanya lagi, kenapa kena sembelih lembu.  Mama kata sebab esok hari raya Qurban. Fahiem tanya lagi nape korban? Mama terdiam. Macam mana nak jawab bagi Fahiem faham.

Akhirnya mama kata, mama pun korban untuk Fahiem dengan Nuha. Mama korban tak keje akauntan macam ayah. Nanti mama senang nak hantar fahiem pegi sekolah, senang nak pegi tengok Fahiem kalau Fahiem sakit kat sekolah. Mama tanya Fahiem faham ke mama cakap. Dia angguk kepala.

Walaupun mama rasa Fahiem sebenarnya masih kecil nak faham erti pengorbanan, tapi mama dah cuba sedaya upaya untuk beri idea kat Fahiem tentang mengapa manusia perlu berkorban. Mama harap anggukan Fahiem bukan sekadar anggukan biasa, tetapi dapat "absorb" ilmu yang mama telah ajarkan padanya hari ini.

Selamat Hari Raya Aidil Adha buat semua....


Blogger Templates
Blogger Templates

Monday, November 08, 2010

Bercuti di Kedah

Pada Rabu minggu lepas kami ikut ayah outstation di Alor Setar. Kami bertolak pada Rabu malam. Hujan lebat di sepanjang perjalanan. Risau juga banjir disana. Sampai di Alor Setar lebih kurang pukul 1 pagi. Terdapat beberapa kawasan di bandaraya Alor Setar yang dinaiki air. Kami terus mencari hotel penginapan. Kebanyakan hotel penuh. Setelah survey di beberapa buah hotel akhirnya kami menginap di Holiday Villa.

Keesokan harinya setelah ayah selesai tugasan di pejabat cawangan, kami bertolak ke Kuala Kedah. Kami merancang untuk bercuti di Pulau Langkawi. Jarak dari Alor Setar ke Kuala Kedah ialah 11km. Kami parking kereta di Tempat Letak Kereta di Dewan Wisma Nelayan, Persatuan Nelayan Kawasan Kuala Kedah. Caj sehari adalah RM10. Murah berbanding beberapa tempat yang kami survey, rata-rata mengenakan caj RM15 sehari.Dewan ini agak tinggi, dan selamat daripada dinaiki air. 
       Dari tempat parking kami berjalan kaki ke jeti Kuala Kedah, mengambil masa  5 minit. Sampai di jeti terus beli tiket feri. Harga untuk dewasa RM23 seorang manakala kanak-kanak berumur 3 thn keatas harganya adalah RM17.00. Kanak-kanak 2 thn kebawah tidak dikenakan tambang. Perjalanan ke Pulau Langkawi mengambil masa selama 1 jam 30 minit.

Sepanjang perjalanan,terasa agak pening. Mujurlah Fahiem hanya muntah ketika feri sampai di jeti Pulau Langkawi. Mama pula memang dah standby bawa plastik. Kalau tidak, sure habis pakaian.
     Setibanya di sana ,kami mengambil teksi untuk ke hotel Langkawi Seaview di Jalan Penarak. Fahiem teruja naik teksi van. Pastu asyik tanya kenapa tak naik kereta ayah. Aduhai anak mama ni...kan kita parking kereta kat Kuala Kedah...ayoyo...Fahiem.... 

     Kami berada di Langkawi selama 3 hari 2 malam. Memandangkan cuaca hujan, aktiviti adalah terhad. Jadi kami hanya pergi Underwater World dan jalan-jalan di Pekan Kuah. Plan asal nak pergi naik Cable Car, tapi sebab keadaan cuaca yang tidak mengizinkan, terpaksa lupakan hasrat. Walaubagaimanapun, Fahiem dan Nuha enjoy tengok ikan. Kat Pekan Kuah pula, sempatle beli baju kat dia orang, sebagai ganti x naik cable car. Ok la tu kan.


Setelah 3 hari di Langkawi kami ke Sungai Petani pula. Singgah bermalam di Hotel HPA iaitu El Zahraa Inn. Teruja bermalam disini. Inilah kali pertama mama jumpa hotel yang menyediakan Al-Quran, telekung dan kain pelikat untuk customer. .


Sebenarnya tujuan paling utama ke SP ni sbb nak rasa makan ayam Radix FC. Mmmm..memang sedap. Restoran ni terletak tidak jauh dari Hotel El Zahraa Inn.

Pemandangan dalam hotel El Zahraa Inn

Pada sebelah petang, kami pusing-pusing SP. Ternampak Restoran Cendol Pulut Jo. Terus singgah pekena cendol pulut dan cucur udang. Pegghh...sedap betul. Keesokan harinya kami check out awal pagi. Breakfast kat Restoran Organic Recipe HPA, bersebelahan El Zahraa Inn. Mama makan nasi lemak kepayang, nasinya berwarna hijau. Sedap.

Antara perniagaan makanan HPA
Selesai breakfast buat kali terakhir sebelum meninggalkan SP, kami ambil peluang pusing SP sekali lagi. Kami pusing2 di Bandar Laguna. Dapatlah snap gambar beberapa bisnes milik HPA. Antaranya butik pakaian, bengkel kereta, dobi, kedai menjual produk herba dan juga kolej. Patutlah SP dikenali sebagai bandar HPA.

Rasanya belum puas bercuti di Langkawi dan Sungai Petani. Dua tempat yang memang menarik. Insya Allah panjang umur, kita pergi lagi.....

Saturday, October 30, 2010

Mari Menulis Blog

1.Tajuk kat atas macam nak kasi tutorial cara nak tulis blog aje. Tapi sebenarnya sebab mama dah lama tak update blog. Malas sesangat. Ok, hari ni tetiba mood menulis datang. Siap tukar background, header dan tambah signature. Kira kasi mekap blog ni yang dah bersawang.

2.Banyak citer yang dah basi. Antaranya hari jadi cinta hati mama yang 2 orang tu iaitu Ayah dan Nuha. Dua-dua lahir bulan September. Ayah pada 8 Sept dan Nuha 29 Sept. Sebab nak abadikan dalam blog maka mama tulis le ucapan ini - Happy Belated Birthday to Ayah n Nuha....

3.Ok citer lain plak. Tahun 2011 dah tak lama lagi. Bermakna Fahiem akan masuk 5 tahun. Tahun ni tahun terakhir Fahiem kat Taska Narizan. Tahun depan masuk Tadika Generasi Educare, dekat jer ngan rumah. Boleh jalan kaki kalau nak exercise.Alang-alang hantar Fahiem kesitu, jadi mama daftarkan juga Nuha kat taska yang sama. Mama dah tengok syllabus kat situ. Puas hati la. Paling penting ada belajar solat. Untuk umur 5 tahun ada belajar bahasa Arab dan ada juga art class. Tak sabar nak masukkan mereka ke situ.

4. Ok mama nak citer pasal tv plak. Fahiem ni memang peminat Astro Ceria. Dari celik mata sampailah dah nak terlelap pun nak tgk citer kat Ceria. Memang tak bagi chance langsung kat mama dan ayah nak tgk citer lain. Kadang-kadang sampai bergaduh ngan dia berebut channel tv. Sekarang ayah ambil keputusan utk lock channel ceria. Pada pandangan mama ada citer katun jepun kat ceria tu yang tak elok utk ditonton terutamanya kanak-kanak. Contohnya Hagemaru, memang kelakar tapi menggambarkan sifat kedekut, suka mengenakan orang dan tidak hormat cikgu. Asarichan pun sama juga. Mama bimbang Fahiem dan Nuha meniru perangai yang tak baik tu. Bila dah lock ceria tu dah tak boleh tgk Tom-tom Bak dan Geng Bas Sekolah. Kesian juga kat mereka. Jadi sebagai ganti sekarang mereka layan TVIQ. Fahiem paling suka Clever. Maklumle ada Uncle Aznil ngan Saintis Rafidah. Mama pun suka tgk sbb boleh belajar sains dalam kehidupan. Dulu masa sekolah tak minat, dah tua2 ni baru le sedar betapa pentingnya subjek tu. Huhuhu, nasi dah jadi bubur...

5. Tadi mama terima sms dari sahabat mama, kak Roslina Abdul Hayet. Dia dan suami akan berangkat ke Mekah petang ni. Sayu sungguh membaca sms yang berbunyi "Insya Allah kembara kami menuju Rumah Allah bermula petang ini. Semoga dipermudahkan dan menjadi tetamuNya yang dinanti2. Mohon bekalkan perjalanan kami dengan Al-Fatihah" Mama doakan mereka selamat sampai di sana dan dapat menunaikan ibadah haji dengan sempurna. Mudah-mudahan, Insya Allah.
Blogger Templates
Blogger Templates

Thursday, July 29, 2010

Tambah setahun lagi.......

Ye...hari ini bertambah setahun lagi usia mama. Syukur kepada Allah kerana telah memberikan peluang kepada mama untuk meneruskan kehidupan ini. Semalam mama sukar untuk melelapkan mata. Sakit kepala. Angin migraine masih ada. Mama telan cafergot. Lega sedikit.

Semalam mama cuba untuk buat kek birthday untuk diri sendiri. Haha...kelakar plak rasanya. Sampai sakit kepala. Tapi lega resepi yang dicuba menjadi. Nanti mama post entri kat Buku Resepi Mama.

Apa agaknya hadiah paling istimewa buat mama kali ini? Ya..semestinya keluarga bahagia yang mama miliki pada hari ini terutama suami dan sepasang cahaya mata. Syukur sekali lagi kepada Yang Esa atas kurniaannya itu. Harapan mama seterusnya ialah moga Allah permudahkan segala urusan mama di dunia ini supaya dapat mempersiapkan diri dengan bekalan yang cukup ke destinasi akhirat. Amin.....