3.Ok citer lain plak. Tahun 2011 dah tak lama lagi. Bermakna Fahiem akan masuk 5 tahun. Tahun ni tahun terakhir Fahiem kat Taska Narizan. Tahun depan masuk Tadika Generasi Educare, dekat jer ngan rumah. Boleh jalan kaki kalau nak exercise.Alang-alang hantar Fahiem kesitu, jadi mama daftarkan juga Nuha kat taska yang sama. Mama dah tengok syllabus kat situ. Puas hati la. Paling penting ada belajar solat. Untuk umur 5 tahun ada belajar bahasa Arab dan ada juga art class. Tak sabar nak masukkan mereka ke situ.
Showing posts with label Nuha. Show all posts
Showing posts with label Nuha. Show all posts
Saturday, October 30, 2010
Mari Menulis Blog
1.Tajuk kat atas macam nak kasi tutorial cara nak tulis blog aje. Tapi sebenarnya sebab mama dah lama tak update blog. Malas sesangat. Ok, hari ni tetiba mood menulis datang. Siap tukar background, header dan tambah signature. Kira kasi mekap blog ni yang dah bersawang.
2.Banyak citer yang dah basi. Antaranya hari jadi cinta hati mama yang 2 orang tu iaitu Ayah dan Nuha. Dua-dua lahir bulan September. Ayah pada 8 Sept dan Nuha 29 Sept. Sebab nak abadikan dalam blog maka mama tulis le ucapan ini - Happy Belated Birthday to Ayah n Nuha....
3.Ok citer lain plak. Tahun 2011 dah tak lama lagi. Bermakna Fahiem akan masuk 5 tahun. Tahun ni tahun terakhir Fahiem kat Taska Narizan. Tahun depan masuk Tadika Generasi Educare, dekat jer ngan rumah. Boleh jalan kaki kalau nak exercise.Alang-alang hantar Fahiem kesitu, jadi mama daftarkan juga Nuha kat taska yang sama. Mama dah tengok syllabus kat situ. Puas hati la. Paling penting ada belajar solat. Untuk umur 5 tahun ada belajar bahasa Arab dan ada juga art class. Tak sabar nak masukkan mereka ke situ. 4. Ok mama nak citer pasal tv plak. Fahiem ni memang peminat Astro Ceria. Dari celik mata sampailah dah nak terlelap pun nak tgk citer kat Ceria. Memang tak bagi chance langsung kat mama dan ayah nak tgk citer lain. Kadang-kadang sampai bergaduh ngan dia berebut channel tv. Sekarang ayah ambil keputusan utk lock channel ceria. Pada pandangan mama ada citer katun jepun kat ceria tu yang tak elok utk ditonton terutamanya kanak-kanak. Contohnya Hagemaru, memang kelakar tapi menggambarkan sifat kedekut, suka mengenakan orang dan tidak hormat cikgu. Asarichan pun sama juga. Mama bimbang Fahiem dan Nuha meniru perangai yang tak baik tu. Bila dah lock ceria tu dah tak boleh tgk Tom-tom Bak dan Geng Bas Sekolah. Kesian juga kat mereka. Jadi sebagai ganti sekarang mereka layan TVIQ. Fahiem paling suka Clever. Maklumle ada Uncle Aznil ngan Saintis Rafidah. Mama pun suka tgk sbb boleh belajar sains dalam kehidupan. Dulu masa sekolah tak minat, dah tua2 ni baru le sedar betapa pentingnya subjek tu. Huhuhu, nasi dah jadi bubur...
5. Tadi mama terima sms dari sahabat mama, kak Roslina Abdul Hayet. Dia dan suami akan berangkat ke Mekah petang ni. Sayu sungguh membaca sms yang berbunyi "Insya Allah kembara kami menuju Rumah Allah bermula petang ini. Semoga dipermudahkan dan menjadi tetamuNya yang dinanti2. Mohon bekalkan perjalanan kami dengan Al-Fatihah" Mama doakan mereka selamat sampai di sana dan dapat menunaikan ibadah haji dengan sempurna. Mudah-mudahan, Insya Allah.
Blogger Templates
Sunday, July 04, 2010
"Kolam renang baru"
Ayah dah lama janji dengan Fahiem nak belikan kolam. Selalu juga Fahiem menuntut janji2 ayah tu. Akhirnya hari ini ayah belikan kolam. Sebelum ni dah pernah beli yang macam pelampung tu. Tapi susah nak maintain. Sebab tiap2 kali nak guna, kena pam dulu. Lepas guna kena keluarkan angin. Tapi yang ni mudah je. Buka dan boleh isi air terus. Murah plak tu. Fahiem pun enjoy je main air ngan Nuha sampai kecut kaki dan tangan.Saturday, April 10, 2010
Entry campur2 (??)
Hahahahh...tak ada idea nak letak tajuk entry kali ni. Disebabkan dah lama tak update blog, pastu dah kena "warning" dengan Auntie E-na, jadi mama pun letak le tajuk tu entry campur2 sbb ada beberapa citer yang nak di update (Ni sume farmville punya pasal! ekekekekekk)
1. Jalan2 @ Zoo Taiping
Kami pergi Zoo Taiping masa cuti Maulidur Rasul. Tujuan utama pergi sebab nak kenalkan Fahiem ngan Nuha dengan sahabat-sahabat selain daripada manusia. Aha! Binatang la tu namanya. Tiket masuk dapat diskaun lagi sebab ayah anak tempatan Taiping. Untung juga.
Seronok kemain lagi Fahiem dan Nuha dapat tengok binatang. Kami naik tren pusing satu zoo sambil diperkenalkan kepada pelbagai jenis haiwan oleh pemandu tren. Kali ni Fahiem dapat menyaksikan dengan "real" nya kuda, gajah, zirafah, buaya dan lain-lain haiwan. Sebelum ni hanya tengok gambar dan kat farmville mama juga...Haahhahaha
Kami dah terlepas untuk menyaksikan show pada hari tersebut sebab kami sampai agak lewat. Kalau tidak pasti lagi seronok.2. Cuaca panas
Sekarang cuaca panas. Suhu hari ni 34 darjah. Bila panas, ruam pun naik kat badan Nuha. Penuh ruam kat bawah leher dan badan. Badan pula sentiasa berpeluh. Kesian betul. Tengok gambar ni, Nuha meragam sebab badan tak selesa.
Sebelum ni mama penah letak satu entry pasal Fahiem pergi gunting rambut. Masa tu menangis sebab takut ngan atuk cina tukang gunting tu. Lama kelamaan bila dah kerap bawa Fahiem ke kedai gunting, Fahiem dah berani dan kini dia dah pandai bawa diri kat "salun". Lagi-lagi kalau dah siap gunting kena urut plak tu. Lagi dia suka. Gambar kat bawah ni diambil masa gunting rambut 2 minggu lepas kat Salak Tinggi.
4. Gambar untuk carta organisasi
Minggu lepas cikgu pebret Nuha, Cikgu Faizah sms mama, minta bawa gambar Nuha. Kata Cikgu Faezah gambar Nuha tu untuk diletakkan dalam carta organisasi nurseri. Jadi mama pun snaplah gambar kat atas ni. Ok tak agaknya utk letak kat carta tu? Hahhah...ok la kan (mama jawab sendirila pasal tak pandai pun amik gambar).
Wednesday, September 30, 2009
Yeay!!! Nuha dah setahun....
Monday, August 17, 2009
Tinggal dengan ayah ok????
Esok mama akan pergi kursus 3 hari 2 malam di Behrang, Perak. Kali pertama akan tinggalkan Nuha. Bagi Fahiem dah ada pengalaman tanpa mama disisi. Imbas kembali masa Fahiem berumur 10 bulan, mama pergi kursus induksi. 3 minggu Fahiem kena tinggal kat kampung. Pastu pernah juga la mama pergi kursus2 dan outstation dlm 2 hingga 3 hari. Fahiem kiranya dah lali la. Camner plak ngan Nuha agaknya? Lagi-lagi Nuha menyusu badan. Tapi sejak minggu lepas mama dah beritahu kat Nuha mama nak pergi kursus. Mama cakap Nuha kena tinggal dengan ayah. Entahla Nuha faham ke tidak. Mama dah cuba gunakan teknik minda separuh sedar, bisikkan ke telinga Nuha agar behave masa mama tiada. Begitu juga kepada Fahiem. Mudah2an ok semuanya semasa mama tiada.
Doakan mama juga ye sayang??? Doakan yang baik-baik untuk mama. Kepada ayah, juga pengalaman pertama menjaga Nuha tanpa mama di sisi. Mama percaya ayah boleh lakukannya. Macam yang Fahiem selalu sebut....SAYA BOLEH LAKUKANNYA.........(kapten boleh, astro ceria)..hehhehehheh...
Saturday, July 18, 2009
Pokok Pelam Nuha

5 hari sebelum Mama lahirkan Nuha, ayah beli anak pokok pelam kat pasar tani. RM10 je sepokok. Pastu Mak Tok ngan Tok Wan tolong tanamkan. Ayah takde skill menanam pokok. So kena le sub kan dekat orang lain. Hari ni umur Nuha hampir 10 bulan. Bermakna usia pokok ni sebaya dengan Nuha. Kalau Nuha dah pandai berdiri, bagaimana pula dengan pokok pelam ni? Ha....tengokla gambar ni...pokok dah berbuah...Sebenarnya pokok ni renek je. Macam tak percaya je boleh keluarkan buah. Ada 2 biji tapi sebiji dah gugur.

Minggu lepas Mak Tok datang rumah. Dia nampak buah pelam tu. So dia ingatkan ayah untuk balut buah tu. Tujuannya supaya tak dimakan serangga dan buah dapat membesar dan masak dengan sempurna.
Fahiem seronok tengok buah pelam tu. Pokok tu pun sama tinggi ngan Fahiem je. Tak sabar rasanya nak tunggu buah masak....Wednesday, June 10, 2009
"Pokok Klapak" Nuha
Rambut Nuha sekarang dah boleh ikat. Seronoknya dapat dandan rambut si kenit mama ni. Bila tengok rambut dia yang diikat tu teringat plak kat lagu Marsha masa konsert AF3 dulu-dulu. Marsha nyanyi untuk Adlin Aman Ramli. Mai kita layan lagu ni...(tapi bait terakhir lagu tu mama minta jauhkan dari Nuha...almaklumla duduk nurseri......takut juga...)Everytime i see Adlin
My heart bergoncang
Everyday i think of u
Pagi dan petang
I forget to eat my makan
Cause theres no other boy but this one
Underneath pokok 'klapa'
I will wait for u
Oh Adlin im here lah
Dont tutup pintu
Cause your hair is like penyapu
That i know it is full of kutu.
Saturday, May 30, 2009
Mama!! Nuha dah duduk!
Itulah kata-kata Fahiem bila tengok adiknya duduk. Mama pun happy bila tengok Nuha dah boleh duduk..Senangla nak suap nestum. Tapi Nuha masih mengimbangi badannya yang masih belum tegap bila duduk. Kadang-kadang sampai terbalik ke belakang. Ada masa pulak kena tolak dengan Along Fahiem. Isk isk Fahiem ni ada ada je nak kenakan adik dia...Mai tengok gambar Nuha duduk..
Sunday, May 03, 2009
Nuha dan G6PD
Imbas kembali 7 bulan yang lalu ketika melahirkan Nur Hadiya Nuha di Hospital Putrajaya. Nuha disahkan sebagai pembawa G6PD. Doktor beritahu bahawa keputusan untuk test G6PD Nuha adalah "Intermediate".
Sebelum ini mama tak pernah tahu malahan tak pernah dengar pun pasal G6PD. Apa itu G6PD? Disini mama ingin berkongsi maklumat berkenaan G6PD dengan rakan blogger yang lain juga ibu bapa di luar sana. Maklumat ini mama perolehi dari Hospital Putrajaya, tempat Nuha dilahirkan.
G6PD atau Glucose 6 Phosphate Dhydrogenese adalah sejenis enzim di dalam sel darah merah. Fungsinya melindungi sel darah merah daripada dimusnahkan dengan lebih awal. Kekurangan enzim ini akan menyebabkan tenaga yang dihasilkan oleh glukosa berkurangan. G6PD diwarisi oleh faktor genetik dan sering melibatkan kanak-kanak lelaki manakala kanak-kanak perempuan adalah sebagai pembawa.
Macammana nak kenalpasti G6PD daripada bayi? Semasa bersalin, sampel dari tali pusat bayi akan dihantar untuk pemeriksaan G6PD di makmal. Sekiranya didapati bayi kekurangan G6PD bayi dikehendaki tinggal di wad sekurang-kurangnya 10 hari. Ini bagi membolehkan pihak hospital memantau tahap darah bayi.Pemerhatian ini perlu kerana bayi boleh mendapat kuning (jaundice) dengan serta merta yang boleh menyebabkan kecacatan otak dan pendengaran.

Apa yang perlu ibubapa lakukan bila anak kekurangan G6PD? Ibu bapa perlu mengelakkan anak dari bahan-bahan yang boleh menyebabkan kemusnahan sel darah merah. Berikut adalah antara bahan-bahan yang perlu dielakkan :-1. Kacang parang
2. Ubat gegat
3. Ubatan tradisional, jamu atau ubat sehseh
Ibubapa juga perlu memastikan supaya sentiasa mendapatkan nasihat dan preskripsi dari doktor/ pharmacist sebelum memberikan anak ubat. Jika anak yang kekurangan G6PD termakan makanan atau ubatan tersebut ia boleh menyebabkan sel darah merah musnah dengan cepat dan akan mendapat kuning dengan serta merta. Tanda-tanda yang dialami adalah air kencing berdarah atau berwarna teh pekat, pucat dan demam.
Kekurangan G6PD adalah sepanjang hayat tetapi ia bukanlah penyakit berjangkit.
Mama harap info diatas serba sedikit boleh memberikan panduan kepada ibubapa di luar sana jika mempunyai anak yang kekurangan G6PD.
Sunday, April 12, 2009
Citer Nuha
Dah lama tak citer pasal Nuha. Apa citer Nuha? Sekarang, umur Nuha dah 6 bulan. Minggu lepas pergi klinik untuk pemeriksaan bulanan. Alhamdulillah Nuha sihat. Berat Nuha sekarang ialah 7.03kg dan panjang (tinggi) pula ialah 63cm. Selepas ni Nuha perlu hadir ke klinik dua bulan sekali untuk pemeriksaan.
Nuha dah pandai buat apa? Nuha dah boleh mengundur ke belakang, angkat badan, memegang objek, menggoyangkan badan apabila mendengar muzik dan bercakap dalam bahasa bayi . Nuha juga dah makan nestum. Mama beri Nuha 2 perisa nestum iaitu perisa beras dan beras campur susu. Nampaknya Nuha gemarkan kedua-dua perisa nestum tu. Setakat ni Nuha boleh buang air besar dengan lawas. Mungkin juga sebab Nuha minum susu badan. Jika dibandingkan dengan Fahiem ketika mula-mula makan nestum, Fahiem mengalami kesukaran membuang air besar. Ini kerana pada masa tersebut, susu badan mama dah berkurangan. Fahiem lebih banyak minum susu tepung. Kali ini mama berharap dapat menyusukan Nuha sehingga umur Nuha 2 tahun. Insya Allah.
.
. Tuesday, February 24, 2009
Nuha pula sakit
Nuha batuk berkahak sejak minggu lepas. Nuha dah makan ubat batuk, ubat kahak dan antibiotik dan juga ambil gas menggunakan nebuliser. Tapi masih belum menunjukkan perubahan. Jadi, semalam mama bawa Nuha pergi klinik untuk check paru-paru. Mama bimbang kalau paru-paru Nuha terkena jangkitan. Alhamdulillah, lepas check up, Doktor kata paru-paru berfungsi dengan baik. Lega mama, Nuha tak perlu ambil gas lagi. Tapi malam tadi badan Nuha tiba-tiba panas. Mama terus bagi ubat demam dengan harapan Nuha akan sembuh. Jangkaan mama meleset. Pagi tadi Nuha masih demam. Huwaaaaa.....nak menangis mama pagi tadi.. Sebab apa ye? Jawapannya sebab mama kena cuti lagi. Minggu lepas dah 2 hari cuti, minggu ni tambah sehari lagi....Itulah cabaran bagi ibu-ibu bekerja bila anak sakit. Mama harap Nuha akan sembuh cepat supaya esok mama boleh pergi kerja....Thursday, January 22, 2009
Nuha dah meniarap ke?
Umur Nuha dah hampir 4 bulan (29 Januari 2009)...apa perkembangan terkini Nuha? Ohh...Nuha sekarang dah pandai meniarap. Baru je semalam dapat meniarap dengan jayanya. Lihatlah aksi-aksi Nuha membuat percubaan meniarap.

Nuha sedang mengiring, serius je muka..

La....akhirnya Nuha tertidur....tak lepas angkat badan ke?
Mana gambar dia meniarap? OOOO...kat bawah ni....
Mana gambar dia meniarap? OOOO...kat bawah ni....
Tuesday, December 30, 2008
Nuha Genap 3 Bulan
Nuha - Disember 2008
Fahiem- September 2006
Usia Nuha genap 3 bulan semalam, 29 Disember 2008. Mama cuba membandingkan gambar Fahiem ketika berusia 3 bulan dengan gambar Nuha. Jelas persamaan pada bentuk wajah yang bulat dan rambut yang lebat dimana kedua-dua ciri tersebut terdapat pada ayah dan mama. Bak kata orang tua-tua, manakan tumpah kuah kalau tak ke nasi..
Saturday, November 15, 2008
Rombongan Melawat Nuha
Hari Jumaat 14 Nov 2008, Along sekeluarga, Ibu sekeluarga dan Acu sekeluarga datang melawat Nuha. Mak Tok dan Tok Wan turut serta. Kecuali Mak Tok dan Tok Wan, inilah kali pertama mereka datang untuk melawat Nuha.
Bagi meraikan kedatangan mereka, mama telah menempah cupcake dari Kak Zana. Terima kasih Kak Zana, memang sedap cupcakenya...Nanti leh tempah lagi..
Sejak Nuha dilahirkan inilah kali pertama kami sekeluarga berkumpul. Suasana jadi meriah bila dah ramai kat rumah. Lagi-lagi Fahiem yang kini dah boleh digelar Along Fahiem. Berlari dan melompat-lompat bersama-sama Razin dan Darweesh.
Nuha pula dapat berjumpa Hakiem yang berumur dua hari lebih tua dari Nuha...Bukan main happy nampaknya Nuha dan Haqiem bila dipertemukan. Haqiem dah pandai buat aksi seperti pemain bolasepak professional (orang Trong kata gawang)...Nuha pula asyik nak bersembang (Mak Tok kata suka mengaku)...

Tuesday, November 11, 2008
Beraya dalam wad pediatrik....
melindungi sel darah merah daripada dimusnahkan dengan lebih awal. Nurse beritahu Nuha perlu diletakkan dalam pengawasan hospital sekurang-kurangnya 9 hingga 10 hari. Sampel darahnya perlu diambil tiap-tiap hari sehingga darahnya menjadi normal.
Kegembiraan tadi bertukar jadi kesedihan... Huwaaaa.....beraya kat hospital la jawabnya..Tapi demi kesihatan Nuha hidup mesti diteruskan. Mama dan Nuha berpindah ke wad 2C dan ditempatkan di katil no. 2. Dalam wad, Nuha terpaksa tidur di bawah lampu. Cian anak mama. Di saat orang bergembira menyambut raya, kita plak kena duduk dalam wad. Semasa dalam wad Doktor memberi sedikit penerangan berkenaan G6PD. Mmmm..nampaknya bayi yang kurang G6PD amat sensitif kpd kacang parang, ubat gegat, ubat tradisional, jamu, ubat sehseh dan pelbagai lagi. Rupanya Nuha tidak keseorangan mengalami masalah ini. Ramai lagi kanak-kanak lain yang kekurangan G6PD ditempatkan di dlm wad yang sama.
Selama berada di wad, sampel darah Nuha diambil tiap-tiap pagi untuk dianalisa di makmal. Mujurlah ada sepupu mama, Along Faizal yang bekerja di makmal hospital Putrajaya. Jadi dia banyak beri maklumat berkenaan G6PD kepada mama. Selain ayah yang datang menemani mama, Along Faizal juga datang melawat Nuha dan mama di wad. Jadi tidaklah rasa sunyi. Acik Azue dan Ayah Andak Zuan sekeluarga juga datang.
Akhirnya pada 4.10.08 Nuha dan mama dibenarkan keluar wad.

Detik-detik kelahiran Nuha
Jam 3 pagi, 29.9.08, Mama sakit perut. Terus ke tandas, tapi belum sempat masuk tandas sakit hilang. Setengah jam lepas tu, mama sakit perut lagi. Mmmm...ni memang sakit nak bersalin..Mama kejutkan ayah dan beritahu mama dah rasa "contraction". Lepas tu mama makan nasi.....(nak kumpul tenaga, kot kot bersalin pagi nanti). Sakit datang setiap setengah jam...Bila masuk waktu Subuh, mama persiapkan diri dan solat...
Menjelang siang, masih sakit...Ayah mula risau dan ajak mama pergi hospital. Masa tu dah pukul 8 pagi. Sampai di hospital, tak ramai pesakit. Kakitangan bertugas juga tak ramai. Maklumla lagi dua hari nak raya. Selesai pendaftaran, nurse suruh mama masuk ke bilik triage. Macam biasa buat CTG. Sambil tu nurse buat VE. Dah buka 3 cm katanya. Anak pun dah buang air besar tapi masih di peringkat yang tidak menjejaskan keadaan kandungan. Nurse hantar mama ke "labour room" tepat jam 9.20pagi.
Mama menukar pakaian untuk bersalin. Terus baring atas katil dan bersiap sedia menunggu waktu bersalin. Nurse pasangkan alat untuk buat CTG. Ayah temankan mama dalam labour room. "Jika tak dapat tahan kesakitan, Puan tarik nafas dan sedut etanol..."beritahu nurse. Sakit perut terus menghantui mama..sakit mula datang setiap 5 minit. Tapi mama kena tunggu sehingga rahim buka 10 cm baru boleh bersalin. Disebabkan masa melahirkan Fahiem adalah melalui pembedahan, jadi bersalin kali ni adalah seperti bersalin kali pertama. Bukan mudah untuk menunggu rahim terbuka sehingga 10 cm. Setiap kali sakit datang memang mama sedut etanol. Kesakitannya...hanya Allah yang tahu...Setiap ibu yang sedang menghadapi saat-saat melahirkan pasti merasai kesakitan ini. Kadangkala terasa seperti nak buang air besar, kadangkala seperti nak muntah...Di saat inilah perlunya kehadiran suami bagi memberikan sokongan kepada isteri...Mama bersyukur...Ayah sentiasa disisi mama di saat-saat menghadapi kesakitan itu.
Jam menunjukkan pukul 12 tengahari...doktor bertugas pada hari tu, Dr. Fakhrul Abbas memeriksa bukaan rahim. Baru 6 cm katanya. Ya Allah Ya Tuhanku...berilah aku kekuatan untuk menghadapi dugaanMu ini...Subhanallah...Subhanallah....Subhanallah....itu sahaja yang mampu mama luahkan setiap kali rasa sakit...Jam 1 tengahari..sekali lagi doktor buat pemeriksaan rahim...baru buka 7cm....Mama seolah-olah tidak lagi dapat menahan kesakitan..."Doktor, kalau lambat sangat nak buka 10 cm boleh tak bedah saja?" kata mama..Kami ada condition tertentu baru boleh bedah pesakit..." kata doktor. Nurse yang bertugas pada hari tu menasihatkan mama agar bersabar. Nurse memberikan kata-kata semangat kepada mama. Mama hampir hilang pertimbangan setiap kali rasa sakit. Mujurlah Ayah dan nurse berjaya mententeramkan mama....
Lebih kurang jam 3 petang, mama terasa seakan nak meneran. Ayah panggil doktor. Dr Abbas memeriksa rahim. Dah buka 10 cm. Beliau memanggil nurse untuk membuat persediaan. "Puan sudah boleh bersedia untuk bersalin. Cuba teran bila rasa sakit di perut" kata Dr. Abbas. Sambil tu nurse mengajar mama cara untuk meneran. Dr Abbas suruh ayah berdiri di sebelah kanan mama untuk beri sokongan. Beberapa kali mama cuba untuk meneran setiap kali sakit di perut. Adakalanya mama tersalah teran. Agak sukar untuk bayi keluar kerana mamadah hilang tenaga untuk meneran. Dr Abbas memberikan kata-kata semangat agar mama meneruskan perjuangan untuk meneran agar bayi boleh keluar. Setelah beberapa kali percubaan, akhirnya mama terdengar nurse berkata " OK, potong tali pusat" Di saat itu kesakitan terus hilang.....Bayi mama selamat dilahirkan....Mama memanjatkan kesyukuran kepada Illahi kerana mama selamat melahirkan....Nur Hadiya Nuha....

Monday, September 29, 2008
Selamat Datang ............. Nur Hadiya Nuha..
(*untuk memainkan semula slide klik x dipenjuru kanan)
Bulan September memang penuh bersejarah....... selain kisah 16 September, bulan september juga adalah bulan ayah fahiem dilahirkan iaitu 8 september dan kini september juga menyambut kedatangan adik Fahiem........ Nur Hadiya Nuha yang dilahirkan pada hari ini 29.09.2008 jam 3.47ptg seberat 2.77kg di Hospital Putrajaya. Disamping dapat adik...... fahiem juga menambah bilangan sepupu menjadi 38 orang (Taiping 10 dan Bentong 28) iaitu Hfiy Hakiem ( Anak acu ) lahir pada 27 September 2008.dan Nurul Syamimi (Anak ke-5 ibu) lahir pada 23 September 2008 ............. apa2pun kedatangan syawal tahun ini pasti meriah........

Nurul Syamimi Hasnol
Subscribe to:
Posts (Atom)