SELAMAT DATANG KE BLOG FAHIEM IMTIYAAZ & NUR HADIYA NUHA

Showing posts with label Al Fatihah. Show all posts
Showing posts with label Al Fatihah. Show all posts

Wednesday, February 20, 2008

Al Fatihah.

Pagi ni Fahiem sekeluarga mendapat berita sedih. Baby kakak Fatin telah kembali ke Rahmatullah sebelum sempat lahir ke dunia. Baby telah disahkan meninggal didalam kandungan. Usia kandungan telah pun masuk 9 bulan dan Mak Alang dijangka bersalin hujung bulan ni. Tapi semuanya telah ditentukan oleh Yang Maha Kuasa. Baby pergi dulu buat selama-lamanya. Tak sempat bertemu kedua ibu dan bapa serta kekanda. Begitu juga ahli keluarga yang lain. Yang pasti Baby telah pun mendapat tempat di syurga. Hanya talkin dan doa mengiringi pemergian baby ke alam baqa'. Pemergian yang penuh hikmah. Segalanya telah ditetapkan. Redha atas apa yang berlaku.

Buat Mak Alang, banyakkan bersabar. Kami turut merasai kehilangan ini. Bukan mudah untuk menerima hakikat bayi yang dikandung selama 9 bulan telah pergi buat selamanya.

Mak Alang, Alang dan Kakak Fatin, takziah dari Fahiem sekeluarga. Moga roh baby dicucuri rahmat.
Al-Fatihah.

Friday, September 21, 2007

Al-Fatihah buat arwah Nurin Jazlin


Kami mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan takziah buat keluarga Nurin Jazlin diatas pemergian Nurin. Walaupun ibu dan bapanya masih tidak mengaku bahawa mayat yang ditemui adalah anak mereka tetapi keputusan DNA telah membuktikan mayat itu adalah Nurin. Jika benar mayat yang ditemui adalah Nurin marilah kita bersama-sama menyedekahkan Al-Fatihah buat Allahyarhamah.