SELAMAT DATANG KE BLOG FAHIEM IMTIYAAZ & NUR HADIYA NUHA

Showing posts with label Fahiem. Show all posts
Showing posts with label Fahiem. Show all posts

Tuesday, November 16, 2010

Pengorbanan

Pagi tadi masa on the way pegi kerja, mama nampak banyak lembu kat padang tak jauh dari rumah. Lembu-lembu tu ditambat dan dibiarkan makan rumput. Ada banyak kanopi dipasang. Semuanya untuk persiapan menjelang Hari Raya Qurban esok. Mama tunjuk kat Fahiem dan Nuha," tengok kat sana, ada banyak lembu." Fahiem seronok tengok lembu. Nuha pun jerit-jerit tengok lembu2 tu. Fahiem tanya mama kenapa banyak lembu kat situ. Mama kata lembu tu nak kena sembelih esok. Fahiem tanya lagi, kenapa kena sembelih lembu.  Mama kata sebab esok hari raya Qurban. Fahiem tanya lagi nape korban? Mama terdiam. Macam mana nak jawab bagi Fahiem faham.

Akhirnya mama kata, mama pun korban untuk Fahiem dengan Nuha. Mama korban tak keje akauntan macam ayah. Nanti mama senang nak hantar fahiem pegi sekolah, senang nak pegi tengok Fahiem kalau Fahiem sakit kat sekolah. Mama tanya Fahiem faham ke mama cakap. Dia angguk kepala.

Walaupun mama rasa Fahiem sebenarnya masih kecil nak faham erti pengorbanan, tapi mama dah cuba sedaya upaya untuk beri idea kat Fahiem tentang mengapa manusia perlu berkorban. Mama harap anggukan Fahiem bukan sekadar anggukan biasa, tetapi dapat "absorb" ilmu yang mama telah ajarkan padanya hari ini.

Selamat Hari Raya Aidil Adha buat semua....


Blogger Templates
Blogger Templates

Sunday, July 04, 2010

"Kolam renang baru"

Ayah dah lama janji dengan Fahiem nak belikan kolam. Selalu juga Fahiem menuntut janji2 ayah tu. Akhirnya hari ini ayah belikan kolam. Sebelum ni dah pernah beli yang macam pelampung tu. Tapi susah nak maintain. Sebab tiap2 kali nak guna, kena pam dulu. Lepas guna kena keluarkan angin. Tapi yang ni mudah je. Buka dan boleh isi air terus. Murah plak tu. Fahiem pun enjoy je main air ngan Nuha sampai kecut kaki dan tangan.

Thursday, June 10, 2010

Selamat Hari Jadi Fahiem Imtiyaaz


Tarikh 10 Jun hadir lagi. Menandakan bertambahnya usia Fahiem lagi setahun. Hari ini umur Fahiem 4 tahun. Hari ini juga genap 4 tahun mama menjadi seorang ibu.

Mama bersyukur kehadrat Illahi kerana telah mengurniakan anak-anak sebagai penyambung zuriat keluarga. Harapan mama agar Fahiem menjadi insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara.Mama sentiasa doakan Fahiem....Insya Allah.

Saturday, April 10, 2010

Entry campur2 (??)

Hahahahh...tak ada idea nak letak tajuk entry kali ni. Disebabkan dah lama tak update blog, pastu dah kena "warning" dengan Auntie E-na, jadi mama pun letak le tajuk tu entry campur2 sbb ada beberapa citer yang nak di update (Ni sume farmville punya pasal! ekekekekekk)

1. Jalan2 @ Zoo Taiping
Kami pergi Zoo Taiping masa cuti Maulidur Rasul. Tujuan utama pergi sebab nak kenalkan Fahiem ngan Nuha dengan sahabat-sahabat selain daripada manusia. Aha! Binatang la tu namanya. Tiket masuk dapat diskaun lagi sebab ayah anak tempatan Taiping. Untung juga.

Seronok kemain lagi Fahiem dan Nuha dapat tengok binatang. Kami naik tren pusing satu zoo sambil diperkenalkan kepada pelbagai jenis haiwan oleh pemandu tren. Kali ni Fahiem dapat menyaksikan dengan "real" nya kuda, gajah, zirafah, buaya dan lain-lain haiwan. Sebelum ni hanya tengok gambar dan kat farmville mama juga...Haahhahaha
Kami dah terlepas untuk menyaksikan show pada hari tersebut sebab kami sampai agak lewat. Kalau tidak pasti lagi seronok.

2. Cuaca panas
Sekarang cuaca panas. Suhu hari ni 34 darjah. Bila panas, ruam pun naik kat badan Nuha. Penuh ruam kat bawah leher dan badan. Badan pula sentiasa berpeluh. Kesian betul. Tengok gambar ni, Nuha meragam sebab badan tak selesa.

3. Gunting rambut

Sebelum ni mama penah letak satu entry pasal Fahiem pergi gunting rambut. Masa tu menangis sebab takut ngan atuk cina tukang gunting tu. Lama kelamaan bila dah kerap bawa Fahiem ke kedai gunting, Fahiem dah berani dan kini dia dah pandai bawa diri kat "salun". Lagi-lagi kalau dah siap gunting kena urut plak tu. Lagi dia suka. Gambar kat bawah ni diambil masa gunting rambut 2 minggu lepas kat Salak Tinggi.

4. Gambar untuk carta organisasi


Minggu lepas cikgu pebret Nuha, Cikgu Faizah sms mama, minta bawa gambar Nuha. Kata Cikgu Faezah gambar Nuha tu untuk diletakkan dalam carta organisasi nurseri. Jadi mama pun snaplah gambar kat atas ni. Ok tak agaknya utk letak kat carta tu? Hahhah...ok la kan (mama jawab sendirila pasal tak pandai pun amik gambar).

Thursday, August 20, 2009

Kursus

Sejak mama kata nak pergi kursus kat Fahiem, hari-hari mesti dia sebut perkataan ni.

Ini antara ayat-ayat yang keluar dari mulutnya (dalam beberapa situasi).

Situasi 1
Sebelum ayah hantar mama ke Behrang untuk berkursus, kami pergi beli susu untuk Nuha. Kami singgah kat kedai kat Presint 9. Fahiem tanya mama " Mama, itu ke kursus?" sambil menunjukkan tangan ke arah kedai runcit.

Situasi 2
Masa mama berkursus, Fahiem pergi rumah Ibu. Kebetulan masa Fahiem kat rumah Ibu, Abah pergi meeting. Fahiem tengok abah tiada lalu berkata "Mama Fahiem pergi kursus, Abah pun takde, Abah pun pergi kursus"

Situasi 3
Kadang-kadang Fahiem suka cakap merapu. Dia cakap, "Mama, Kursus tu angin".

Walau apa pun tafsiran yang Fahiem buat, Fahiem telah pun menambah satu lagi vocab dalam kotak mindanya.

Monday, August 17, 2009

Tinggal dengan ayah ok????

Esok mama akan pergi kursus 3 hari 2 malam di Behrang, Perak. Kali pertama akan tinggalkan Nuha. Bagi Fahiem dah ada pengalaman tanpa mama disisi. Imbas kembali masa Fahiem berumur 10 bulan, mama pergi kursus induksi. 3 minggu Fahiem kena tinggal kat kampung. Pastu pernah juga la mama pergi kursus2 dan outstation dlm 2 hingga 3 hari. Fahiem kiranya dah lali la. Camner plak ngan Nuha agaknya? Lagi-lagi Nuha menyusu badan. Tapi sejak minggu lepas mama dah beritahu kat Nuha mama nak pergi kursus. Mama cakap Nuha kena tinggal dengan ayah. Entahla Nuha faham ke tidak. Mama dah cuba gunakan teknik minda separuh sedar, bisikkan ke telinga Nuha agar behave masa mama tiada. Begitu juga kepada Fahiem. Mudah2an ok semuanya semasa mama tiada.

Doakan mama juga ye sayang??? Doakan yang baik-baik untuk mama. Kepada ayah, juga pengalaman pertama menjaga Nuha tanpa mama di sisi. Mama percaya ayah boleh lakukannya. Macam yang Fahiem selalu sebut....SAYA BOLEH LAKUKANNYA.........(kapten boleh, astro ceria)..hehhehehheh...

Tuesday, July 21, 2009

Mama memang hebat!!!!!!!!!!!


Fahiem ni memang suka bercakap. Asal bangun tidur sampailah dah hampir nak tidur, mesti dengar suara dia. Kalau satu hari tak dengar suara Fahiem memang tak sah. Ada-ada saja perkara yang Fahiem nak cakap.

Satu hari Fahiem minta mama buatkan susu. Bila susu dah siap mama panggil Fahiem ke dapur untuk ambil susu. Fahiem ambil susu dan terus lari ke ruang tamu sambil berkata "Mama memang hebat!!!!!!" Terdiam mama. Kenapa Fahiem cakap mama camtu? Apa yang hebat? Sebab buat susu je ke mama dianggap hebat? Kelakar rasanya. Mama cuba mencari dari mana Fahiem dengar ayat tu. Hmmm..rupa-rupanya dalam citer katun Jim Jam & Sunny kat Astro Ceria. Dalam citer tu Jim Jam berkata kepada Sunny "Awak memang hebat"....Jadi untuk mama Fahiem tukarkan perkataan Awak kepada mama.
Ada lagi ayat-ayat yang mama tak sangka boleh terkeluar dari mulut Fahiem. Fahiem penah cakap "Ayah, bacalah doa buka tv. Penah juga dia cakap Ayah, bacalah doa masuk terowong (sebab masa tu lalu bawah flyover yg di anggap terowong).
Macam-macam Fahiem ni. Sentiasa buat suasana kat rumah jadi ceria.

Sunday, June 21, 2009

Besday Fahiem @Yankies Hut

Setelah seminggu birthday Fahiem, barulah dapat celebrate. Tahun ni ayah pilih untuk celebrate kat Yankies Hut di Bangi. Mama belikan kek indulgence dan letak gambar Ben 10. Fahiem suka sangat dapat kek Ben 10.

Tapi malam tu Fahiem tetiba je hilang mood. Buat muncung itik. Tak nak salam ngan semua orang. Biasalah tu...nak dapat perhatian sebenarnya. Betul tak? Kalau tak, bukanla nama nya Fahiem. Tengokla aksi dia kat bawah ni.

Acara dimulakan dengan bacaan doa oleh Darweesh. Lepas tu apalagi...makan sampai habis. Sedap makanan kat Yankies Hut. Fahiem lepas makan kek dah tak mau makan nasi. Kenyang makan gambar Ben 10.

Lepas makan kek, mood Fahiem jadi ok. Terus pergi main. Agaknya gambar Ben 10 yang Fahiem makan tu dah kasi tenaga kot kat Fahiem. Tu yang berlari-lari keriangan. Yang Fahiem paling suka malam tu sebab dapat hadiah. Terima kasih Hakiem, Abg Darweesh dan Abg Razin sebab bagi Fahiem hadiah......

Wednesday, June 10, 2009

Selamat Hari Jadi Along.........





Hari ni 10 Jun 2009...ye ke? macam tak percaya. Fahiem dah 3 tahun. Sekejapnya, cepatnya...Pantasnya masa berlalu. Selamat Hari Jadi ye sayang mama. Nanti mama belikan Fahiem donat Big Apple ye...Fahiem suka kan? kan? Nanti kita celebrate lepas ayah balik dari outstation, okay????
Mama, Ayah dengan Nuha ucapkan Selamat Hari Jadi.....
Doa mama agar Fahiem membesar menjadi anak yang soleh....(Fahiem nak jadi Ustaz kan??)

Wednesday, April 15, 2009

Tentang Fahiem...


Nama penuh ?
Fahiem Imtiyaaz
Umur?
3 tahun la..

Mama ngan ayah panggil apa?
Fahiem, Along

Fahiem panggil diri sendiri?
Fahiem, Along, Atomen (Ultraman)

Dah sekolah ke?
Dah

Kat ner tu?
Dekat Nurseri, Taska Narizan

Belajar apa kat sekolah?
A B C, Alif Ba Ta, menyanyi, mcm2 lagi

Suka nyanyi lagu apa?
Can Ma Li Can

Suka tengok TV?
Suka

TV apa?
Astro Ceria (611)

Suka tengok citer apa?
Atomen (Ultraman), Thomas & Friends, Jim Jam and Sunny,
Adi dan Ayah, Geng Bas Sekolah....
Nape suka tengok Atomen?
Sebab dia lawan raksasa...Raksasa tu jahat...

Suka makan tak?
Suka la

Suka makan apa?
Makan nasi la...

Nanti dah besar nak sekolah apa?
Sekolah Agama,nak baca Ko'an (Quran)

Dah besar nak jadi apa?
Jadi ustaz. Ustaz Atomen

Jom mandi kolam nak?
Tak nak.. nanti Atomen jatuh.

Fahiem ada mainan?
Ada banyak dalam bekas
Fahiem suka main apa?
Main backhoe dengan Roary the Racing Car
Fahiem sayang Mama?
Sayang
Sayang Ayah?
Sayang
Sayang Nuha?
Sayang
Sayang Fahiem?
Sayang.

Saturday, March 07, 2009

Melentur buluh.......

Mai kita lihat gambar-gambar Fahiem sedang solat.
Mama doakan mogaFahiem jadi anak yang soleh...

Baru nak angkat takbir (tapi macam peluk tubuh je...)

Baca Fatihah

Rukuk

Cuba nak sujud

Abis solat dah..nak lipat sejadak plak...

Sunday, February 22, 2009

Fahiem sakit

Keadaan Fahiem semasa sakit
(memang suka baring atas lantai...sejuk kot..)


Makan bubur nasi dan sup sambil menonton tv


Sejak kebelakangan ni cuaca panas. Ramai orang tak sihat. Kebanyankannya demam, batuk dan selsema. Fahiem juga tidak sihat. Mula dengan muntah-muntah yang kerap. Badan Fahiem lemah dan tidak bermaya akibat kekurangan air. Mama dan ayah bergilir-gilir ambil cuti untuk jaga Fahiem. Doktor kata pengaruh cuaca menyebabkan ramai kanak-kanak mendapat jangkitan penyakit. 4 hari Fahiem tidak ke nurseri dan kembali sihat pada Jumaat lepas. Alhamdulillah Fahiem mula aktif dan "start beroperasi di rumah macam biasa".
He! he! he!

Friday, December 05, 2008

Sajak chicken pox...........






Ini lah wajah2 "seorang Fahiem Imtiyaaz"
Berjangkit chicken pox kat nurseri....
Tandanya mama kena cuti lagi....


Walau penuh bintik2 di badan dan muka
Tetap melompat2 seperti biasa
Mengacau baby nuha juga..

Bila sapu callamine
"Eh...tak payah sapulah...."


"Mama, jangan garu tau"....
Pesan Fahiem pada mama...
Tapi Fahiem pula garu...


Abang Qayyiem kata..
Apa ni bintik2..
Fahiem jawab...
Eh! Chicken pox la!!!!

Wednesday, December 03, 2008

Helikopter Fahiem....






"Helikopter dah turun bawah ke mama?" Itu soalan yang Fahiem tanya bila nampak helikopter kat depan opis moksu kat MECD.

Malam sebelum tu dah lalu kat depan MECD, dan dah tunjuk kat Fahiem ada helikopter tapi dia tengok kat atas. Fahiem faham yang helikopter sentiasa terbang kat awan. Disebabkan Fahiem dah terlepas nak tengok helikopter tu, esoknya bila jemput Moksu balik kerja, Mama pun bawalah Fahiem pergi tengok helikopter yang 'parking'depan MECD tu... Bukan main suka dia..siap pegang helikopter tu. Tapi bila nak amik gambar tak senyum pun...Buat muka seposen ajek

Tuesday, September 09, 2008

Suatu kisah di harijadi ayah


8 September 2008, genap usia ayah 32 thn. Mama wish kat ayah pukul 12 mlm. Mama sms je kat ayah sbb ayah dah tidur. Pukul 1.30 pagi mama ngan ayah terjaga. Fahiem menangis. Badannya panas. Demam. Ayah terus bangun ambil kain dan rendam dalam air yang dicampur ais. Mama lap badan Fahiem kasi hilang panas. Masa tu mama nampak ayah baru baca sms mama. Hmmm...Fahiem demam di hari jadi ayah. Masa hari jadi mama pun Fahiem demam jugak. Kenapa ye? Mama takde jawapannya.
Bila bangun pagi badan Fahiem dah suam-suam. Jadi mama pergi juga kerja. Masa hantar Fahiem kat nurseri, mama beritahu kat Cikgu Nor supaya maklumkan kepada mama kalau Fahiem demam semula. Tengahari Cikgu Su, cikgu yang jaga Fahiem sms mama beritahu keadaan Fahiem. Cikgu Su kata badan Fahiem suam, takde selera makan dan tak aktif macam biasa. Cikgu Su kata dia akan beritahu kalau Fahiem demam semula. Terima kasih Cikgu Su. Lega sikit rasanya. Petang tu, badan Fahiem panas semula. Lepas berbuka terus je mama ngan ayah bawa Fahiem pergi Klinik MediNur. Doktor check suhu. Tinggi suhu badan Fahiem kata doktor. 40.2 darjah. Doktor masukkan ubat kat punggung Fahiem. Kata doktor, demam akan hilang dalam masa 8 jam. Selepas 8 jam terus bagi ubat minum, pesan doktor. Tetapi kalau selepas 8 jam masih juga demam, doktor perlu monitor keadaan ni, maknanya Fahiem kena buat follow up kat klinik semula. Masa consultation dengan doktor baru mama tau bahawa kain yang dibasahkan dengan ais tak elok untuk melegakan panas badan. Sebabnya rasa sejuk itu akan menyempitkan salur darah. Doktor nasihat supaya guna air pada suhu biasa seperti air paip.
On the way balik rumah, ayah singgah beli makanan kat Mac Donald drive thru. Ni sempena birthday ayah. Kesian ayah. Birthday jadi hambar sedikit sebab Fahiem demam. Mama bagi Fahiem makan nugget, tapi Fahiem muntahkan balik. Fahiem makan fries aje lepas tu sampai habis 2 bekas. Hmm...nampaknya itu selera Fahiem masa demam. Makanan lain Fahiem tak nak makan plak. Takde selera. Tapi bila sampai kat rumah, Fahiem muntah juga. Habisla keluar fries yang dimakan tu. Menangis2 Fahiem bila muntah. Siannya.
Pagi ni badan Fahiem masih panas, maknanya ubat yang doktor masukkan tu tak berfungsi. Mama EL hari ni nak jaga Fahiem. Petang nanti mama bawa Fahiem pergi klinik lagi...ok sayang...Hmmm...dugaan betul buat mama..dahlah sarat mengandung...Apakan daya...Mama hanya mampu bersabar.

Friday, August 01, 2008

Sunday, July 27, 2008

Peristiwa di kolam renang




Hari ni ayah bawa Fahiem pergi Kompleks Kejiranan Presint 16. Nak bawa Fahiem mandi kolam. Bolehlah pakai swimming trunk yang baru beli semalam. Punya seronok Fahiem pasai ini kali pertama nak mandi dalam kolam renang. Selalu mandi dalam kolam plastik aje. Nasib baik tak ramai orang. Dapatlah Fahiem mandi sambil main-main air.Mama ngan ayah duduk perhati kat tepi kolam. Tengah seronok main air, tiba-tiba je Fahiem terjatuh dalam air. Tenggelam kepalanya. Mama panik. Ayah cepat-cepat masuk kolam dan dukung Fahiem. Fahiem tak menangis tapi mukanya terkejut. Mama tepuk-tepuk belakang Fahiem kasi air keluar. Nasib baik takde apa-apa. Mama cuba tenangkan Fahiem sekejap. Pastu ayah tanya Fahiem nak mandi lagi ke. Terus je Fahiem kata taknak...nanti jatuh katanya...Macam trauma lah plak. Mama lap badan Fahiem dan siap untuk balik rumah. On the way balik ayah tanya lagi Fahiem nak mandi kolam lagi ke lepas ni? Taknak jawabnya....jatuh....Mmmmm...nampak macam serik je Fahiem...mungkinkah ini kali pertama dan terakhir Fahiem mandi kolam renang???????? Kita tunggu dan lihat.....

Tuesday, June 10, 2008

Fahiem...genap 2 tahun




Allah selamatkan kamu..
Allah selamatkan kamu..
Allah selamatkan Fahiem Imtiyaaz...
Allah selamatkan kamu....

10 Jun 2008..Hari ini birthday Fahiem yang ke 2 thn. Rasanya baru je melahirkan Fahiem. Rupanya dah masuk 2 thn. Fahiem dah pandai apa ye???? Tentu sekali dah pandai bercakap. Inilah waktu yang paling seronok rasanya bagi tiap-tiap ibubapa yang ada anak sebaya Fahiem.Apa tidaknya, setiap ayat yang kita lafazkan akan jadi ikutan si anak. Macam Fahiem, masih belajar menyebut banyak perkataan dengan betul. Sekarang ni ikut sedap mulut dia aje bercakap. Asalkan ada bunyi seakan2 perkataan yang sebenar. Contohnya kapal terbang disebut kapal kebang, takut jadi kakut dan abang jadi abam. Ada masanya nak ketawa dengar dia bercakap. Fahiem memang rajin bercakap. Asal bangun pagi, mesti dengar suara dia. Selalunya pagi-pagi dia akan sebut mama dan ayah. Kalau masa dia bangun, hanya mama yang ada dalam bilik, dia akan tanya "mama, ayah mana?" Begitulah seterusnya untuk satu hari. Selagi tak tidur ada saja yang nak dibualkan.

Dalam banyak2 perbualan dengan Fahiem, yang paling menyentuh hati ialah dialog ini..
Mama: Fahiem dah besar nak jadi apa?
Fahiem: Nak jadi utad (ustaz)
Mama: Nak sekolah kat mana?
Fahiem: Koyah (sekolah) gama (agama)
Mama: Baca apa kat sekolah?
Fahiem: Baca ko'an (Quran)".....

Tuesday, May 13, 2008

Tempat tinggal fahiem sekarang.....






Antara pemandangan menarik di sekitar rumah fahiem.....


Ini lokasi tempat tinggal Fahiem..... Presint 8 Putrajaya

Monday, May 05, 2008

Update blog......

Lebih kurang 2 bulan tak update blog, macam-macam yang berlaku..tapi cuma yang nak cerita kat blog ni ialah pasal dah pindah Putrajaya, Fahiem daftar masuk nurseri dan Fahiem nak dapat adik....

Pindah rumah

Kami officially duduk Putrajaya pada 1.5.08. Sebelum tu buat kerja-kerja mengemas, packing barang dan pindahkan barang dari rumah di Puchong. Seterusnya sambung plak kat Putrajaya - unpack barang, kemas dan susun....Ya Allah...letihnya..tambah plak dengan si Fahiem tolong mengemas. Haru jadinya. Tapi Alhamdulillah setelah berpenat lelah buat semua kerja2 perpindahan tu, akhirnya berjaya juga kami menyelesaikannya walaupun bukan 100% perfect. Cuma sekarang ni dalam proses touch up mana2 yang perlu. Seronok jugakla dah pindah quarters Presint 8 ni. Dekat dgn ofis, tak perlu bayar tol nak ke ofis, boleh balik masa lunch, sampai rumah awal dan macam2 lagilah kelebihannya. Bila petang boleh bawa Fahiem pergi main kat taman dekat rumah. Kalau tak pun main bola ngan ayah kat laman rumah.

Fahiem masuk nurseri

Hari ni hari pertama Fahiem masuk nurseri. Pukul 6.30 Fahiem dah mandi. Seronok dia mandi pagi-pagi. Bila cakap kat dia "Hari ni mama hantar Fahiem pegi nurseri ok?" Jawapannya tegas " Nanak (Tak Nak)". Selepas tu moodnya terus tak ok. Masa dalam kereta, Fahiem senyap aje. Selalu tu mulutnya bising bercakap macam-macam. Mungkin hari ni terbantut keseronokan naik kereta sebab mama dah kata nak hantar pergi nurseri. Sampai kat nurseri, terus menangis. Tambah lagi bila Cikgu Nor dukung terus meraung sebut Mama!!!!!!!!!!!!!!! Kesian jugak..tapi Fahiem kena lalui semua ni..Harap2 Fahiem dapat sesuaikan diri dalam tempoh seminggu ni. Lagipun bulan depan Fahiem nak masuk 2 thn dah...

Fahiem bakal jadi Abang Long

Sekarang ni mama dah hampir 5 bulan mengandung. Maknanya Fahiem bakal dapat adik dalam bulan Oktober nanti. Insya Allah. Mama dengan ayah tengah memikirkan apakah panggilan yang sesuai utk Fahiem bila dah bergelar abang nanti. Kalau ikut orang Perak (sebelah ayah), boleh panggil Abang Cak, kalau tak pun Abang Chor...hehheheh Kalau ikut sebelah mama plak (orang Pahang), boleh panggil Embong, kalau orang Kuala Lipis panggil anak sulung Awe...Hmmm..macam2 pilihan gelaran utk Fahiem...hehehe. Persoalannya nak ke Fahiem digelar begitu???????? Kita tunggu sajalah bila tiba masanya..