Sunday, September 16, 2012
I'm back!!!!!
Monday, November 08, 2010
Bercuti di Kedah
Keesokan harinya setelah ayah selesai tugasan di pejabat cawangan, kami bertolak ke Kuala Kedah. Kami merancang untuk bercuti di Pulau Langkawi. Jarak dari Alor Setar ke Kuala Kedah ialah 11km. Kami parking kereta di Tempat Letak Kereta di Dewan Wisma Nelayan, Persatuan Nelayan Kawasan Kuala Kedah. Caj sehari adalah RM10. Murah berbanding beberapa tempat yang kami survey, rata-rata mengenakan caj RM15 sehari.
Dewan ini agak tinggi, dan selamat daripada dinaiki air.
Setelah 3 hari di Langkawi kami ke Sungai Petani pula. Singgah bermalam di Hotel HPA iaitu El Zahraa Inn. Teruja bermalam disini. Inilah kali pertama mama jumpa hotel yang menyediakan Al-Quran, telekung dan kain pelikat untuk customer. .
Sebenarnya tujuan paling utama ke SP ni sbb nak rasa makan ayam Radix FC. Mmmm..memang sedap. Restoran ni terletak tidak jauh dari Hotel El Zahraa Inn. ![]() |
| Pemandangan dalam hotel El Zahraa Inn |
Pada sebelah petang, kami pusing-pusing SP. Ternampak Restoran Cendol Pulut Jo. Terus singgah pekena cendol pulut dan cucur udang. Pegghh...sedap betul. Keesokan harinya kami check out awal pagi. Breakfast kat Restoran Organic Recipe HPA, bersebelahan El Zahraa Inn. Mama makan nasi lemak kepayang, nasinya berwarna hijau. Sedap. ![]() |
| Antara perniagaan makanan HPA |

Saturday, April 10, 2010
Entry campur2 (??)
1. Jalan2 @ Zoo Taiping
Kami pergi Zoo Taiping masa cuti Maulidur Rasul. Tujuan utama pergi sebab nak kenalkan Fahiem ngan Nuha dengan sahabat-sahabat selain daripada manusia. Aha! Binatang la tu namanya. Tiket masuk dapat diskaun lagi sebab ayah anak tempatan Taiping. Untung juga.
Seronok kemain lagi Fahiem dan Nuha dapat tengok binatang. Kami naik tren pusing satu zoo sambil diperkenalkan kepada pelbagai jenis haiwan oleh pemandu tren. Kali ni Fahiem dapat menyaksikan dengan "real" nya kuda, gajah, zirafah, buaya dan lain-lain haiwan. Sebelum ni hanya tengok gambar dan kat farmville mama juga...Haahhahaha
Kami dah terlepas untuk menyaksikan show pada hari tersebut sebab kami sampai agak lewat. Kalau tidak pasti lagi seronok.2. Cuaca panas
Sebelum ni mama penah letak satu entry pasal Fahiem pergi gunting rambut. Masa tu menangis sebab takut ngan atuk cina tukang gunting tu. Lama kelamaan bila dah kerap bawa Fahiem ke kedai gunting, Fahiem dah berani dan kini dia dah pandai bawa diri kat "salun". Lagi-lagi kalau dah siap gunting kena urut plak tu. Lagi dia suka. Gambar kat bawah ni diambil masa gunting rambut 2 minggu lepas kat Salak Tinggi.
4. Gambar untuk carta organisasi
Minggu lepas cikgu pebret Nuha, Cikgu Faizah sms mama, minta bawa gambar Nuha. Kata Cikgu Faezah gambar Nuha tu untuk diletakkan dalam carta organisasi nurseri. Jadi mama pun snaplah gambar kat atas ni. Ok tak agaknya utk letak kat carta tu? Hahhah...ok la kan (mama jawab sendirila pasal tak pandai pun amik gambar).
Monday, November 09, 2009
Family Trip @Cameron Highland

Sabtu yang lepas kami ke Cameron Highland. Ini adalah family trip. Maksu booking apartment MARA di Equatorial Hotel, Brinchang. Seronok dapat pergi trip ramai-ramai. Kali ni keluarga Ibu saja yang tak ikut sebab Abah ada seminar. Kami ikut jalan Simpang Pulai dan sampai ke Brinchang lebih kurang pukul 12 tghari. Pada permulaan cuaca cerah. Kami hantar beg ke apartment dan solat. Pukul 2.30 terus ke Big Red Strawberry Farm. Hujan mulai turun.Nasib baik tempat ni berbumbung. Disini terdapat nurseri pelbagai bunga dan juga strawberry. Kami tak melepaskan peluang untuk menikmati buah strawberi bersama krim.
Fahiem dan Nuha tak melepaskan pelang bergambar di sana. Ada juga mainan Ultraman. suka betul Fahiem.Tengoklah aksi dia atas Ultraman tu.
Setelah puas makan strawberi, kami ke ladang teh di Cameron Valley Tea Plantation. Juga di Brinchang. Semua nak rasa minum teh perisa blackcurrant dengan strawberi. Bolehla tahan rasanya. Cantik pemandangan kat sini.

Walaupun dah makan strawberi dan dapat minum teh kat ladang tapi perut kami masih laparkan nasi. Hahah...apalagi kami ke Tanah Rata dan memilih untuk makan di Fauzi Tomyam. Pergghh!!!!... memang sedap steamboat, tomyam dan siakap 3 rasa. Berselera sungguh makan. Tambahan lagi masa tu hujan.

Esoknya sebelum meninggalkan Cameron Highland, kami ke pasar di Kea Farm, Brinchang. Jalan sesak. Terlupa plak nak snap gambar. Kat sini memang murah kalau nak beli sayur dan strawberi. Sempat juga singgah di Bharat Tea Plantation untk menikmati keindahan pemandangan ladang teh.
Monday, March 09, 2009
Family day @Ancasa All Suites, Port Dickson


Esoknya, pagi-pagi lagi Fahiem dan Nuha dah bangun. Semangat betul nak join acara-acara kat padang. Banyak acara diadakan. Antaranya Limbo Rock, baling telur berpasangan, mekap kan suami dan lain-lain. Tu semua untuk orang dewasa. Bagi kanak-kanak pula ada cari gula-gula dalam tepung, pancing botol, mewarna lukisan, bawa bola ping pong dalam sudu dan banyak lagi. Tapi Fahiem hanya boleh masuk satu acara sahaja iaitu rebut gula-gula dalam suratkhabar. Sebabnya tu je acara yang dibuka untuk kanak-kanak dibawah 3 tahun. Oklah tu...
Inilah aksi-aksi Fahiem dalam acara tu. Kutip punya kutip dapatlah empat biji je gula-gula. Tak layak jadi pemenang. Kawan-kawan lain dapat lagi banyak. Walau apapun Fahiem enjoy masuk acara tu....
Nuha pula hanya menyertai acara bergambar dengan kawan-kawan ofis ayah...Tak ada pun acara utk bayi 5 bulan..Takpelah..Nuha dah besar nanti Nuha nak masuk acara kutip gula-gula juga macam along...
Disebelah malam pula ada dinner BBQ. Ada acara cabutan bertuah. Ayah dapat hamper. Fahiem suka sangat sebab dapat makan macam-macam makanan dalam hamper tu. Terima kasih ayah...bagi Fahiem makan snap...
Sunday, February 22, 2009
Jalan-Jalan Cari Makan - Bangi
Tuesday, December 30, 2008
Picnic di Port Dickson
Suasana di Port Dickson
Posing kat tepi pantai
Ahli keluarga Fahiem
Lapar lepas mandi...makan mamee pun jadi
Nuha sedang menikmati angin pantai Port Dickson
Thursday, December 27, 2007
Cantiknye landskap rumah ni....
Pemandangan landskap dari ruang tamu rumah
Selepas lebih kurang satu jam perjalanan ke Wangsa Maju menaiki dua buah tren, akhirnya Fahiem sampai ke Wangsa Maju. Abah Darweesh ambil di stesen. Setelah penat dalam perjalanan, Fahiem berehat menenangkan fikiran sambil menikmati keindahan landskap rumah Ibu....
Fahiem naik ERL
Tengah queue nak masuk tiket
Tren dah sampai
Dengan Tok Wan
Melihat pemandangan sepanjang perjalanan ke KL Sentral
Teruja tengok seat dalam train
Sebenarnya dah lama plan nak bawa Fahiem naik ERL dan LRT tapi asyik tak jadi aje. Kebetulan masa cuti Hari Krismas baru-baru ni mama ngan ayah nak anta Mak Tok ngan Tok Wan pegi rumah Ibu, jadi dapatlah Fahiem naik ERL...Inilah public transport pertama yang Fahiem naik. Mula-mula naik Fahiem agak takut sebab sebelum KLIA transit sampai, KL Express lalu dgn lajunya. Fahiem terkejut dengar bunyi kuat tren tu. Tapi bila dah lama dalam tren, baru rasa seronok nak jalan-jalan dlm coach tu. Tak mau dipegang lagi, nak bebas kesana kemari.
Bila sampai kat KL Sentral kami tukar naik LRT Putra utk ke Wangsa Maju. Ramai jugak penumpang tren hari tu. Masa dalam tren, Fahiem nampak ada budak perempuan comel sebaya dgn dia. Budak tu makan fish ball. Dengan selambanya Fahiem turun dari kerusi dan minta fishball dari budak tu....Ya Allah...malunye mama ngan ayah...Mama budak comel tu pun kasi le satu fishball kat Fahiem..Bangla kat dalam tren tu ketawa je tengok Fahiem..Amendele...Hmmm...anak bertuah.....
Monday, July 30, 2007
Trip to Cameron Highlands (3D 2N)
Akhirnya sampai juga Fahiem kat Cameron Highlands (CH)...Ni kali pertama Fahiem dan ayah ke sana..Mama dah kali keempat..3 kali zaman persekolahan...Teringat dulu2 g rombongan sekolah ngan kawan2...tido dalam bas aje..dah ada Fahiem baru merasa tido kat hotel kat sana...
Hmmm...sepanjang perjalanan dari Puchong Ke CH, Fahiem asyik meragam. Mungkin Fahiem tak selesa pasal selsema ngan batuk..asyik menangis aje. Tak nak tido kat atas kusyen..tapi tido kat bahu mama. Lenguh jugaklah dukung Fahiem..Masa naik bukit CH tu ari ujan. Agak bahaya memandu dalam keadaan jalan basah dan berair. Tapi Alhamdulillah sampai dgn selamatnye...
Kat CH Fahiem g melawat Kea Farm. Kat situ ada banyak produk yang berasaskan strawberi..Paling istimewa tentulah strawberi cicah coklat (favorite Datuk CT)...ada jugak strawberi kering, coklat perisa strawberi dan macam2 lagi lah...Selain itu, Fahiem g melawat Big Red Strawberry Farm, Kasimanis Strawberry Farm, Strawberry Corner dan Cameron Valley Tea Shop.
Ayah kata lepas ni tak nak pergi lagi CH sebab takut memandu naik bukit..lagi2 sebelah malam. So, kalau Fahiem nak makan strawberi CH, Fahiem pergilah dengan kawan2 bila dah besar nanti..kalau tak pun buatlah rombongan cucu-cucu Mak Tijah ke CH...naik bas..














