Sunday, August 21, 2011
7 tahun sudah......
Thursday, July 29, 2010
Tambah setahun lagi.......
Thursday, July 22, 2010
Migraine o migraine....
Gambar: Credit to staysmagazine
Mari flashback asal usul migraine mama. Mama mula kena migraine sejak tahun 1999 iaitu semasa belajar di UiTM Shah Alam. Mama kerap sakit kepala. Selalunya sakit kepala datang waktu petang selepas habis kelas. Bila sakit kepala datang, mama mesti muntah dan sakit perut. Perasaannya seperti nak hantuk je kepala kat dinding. Tapi mama tak pernah la buat camtu. Roomate mama pada masa tu akan urut kepala dan badan mama supaya angin keluar. Badan mama plak memang banyak angin. Roomate mama a.k.a Kak Tun menggunakan duit syiling untuk urut badan. Belajar dengan bibik katanya. Tapi memang banyakla angin keluar. Sedikit sebanyak dapat mengurangkan rasa sakit kepala. Boleh kata tiap-tiap minggu mama kena migraine. Sekali pun tak pernah pergi klinik, maklumla student bukannya banyak duit nak bayar klinik. Kalau tak berurut, mama telan panadol dan tidur.
Monday, August 17, 2009
Tinggal dengan ayah ok????
Doakan mama juga ye sayang??? Doakan yang baik-baik untuk mama. Kepada ayah, juga pengalaman pertama menjaga Nuha tanpa mama di sisi. Mama percaya ayah boleh lakukannya. Macam yang Fahiem selalu sebut....SAYA BOLEH LAKUKANNYA.........(kapten boleh, astro ceria)..hehhehehheh...
Tuesday, March 24, 2009
Tag pasal "Pregnancy"
1. Was your first pregnancy planned?
Tak plan. Dah rezki.
2. What was your second choice name for your site gender name?
Takde juga macam Mama Ezureen...fikir satu nama je.
3. What were your reactions?
Terlalu gembira. Maklumlah terpaksa menunggu setahun untuk pregnant.
4. How old were you?
29 thn
5. How did you find out you were pregnant?
Dah lewat 10 hari...
6. Who did you tell first?
Suamiku....
7. Did you want to find out the sex?
Ya...semestinya..excited betul nak tau jantina
8. Due date?
8 June 2006
9. Did you have morning sickness?
Ya...3 bulan pertama dan 3 bulan terakhir...seksa you....
10. What did you crave?
Macam-macam
11. What was your first child's sex?
Boy
12. How many pounds did you gain throughout the pregnacy?
Berat mama naik 15kg...menjadikan berat badan mama 64kg
13. Did you have any complications during your pregnancy?
Alhamdulillah tiada...
14. Where did you give birth?
Hospital Putrajaya
15. How many hours were you in labor?
4 jam dalam labour room, 1 jam dalam operation theatre
16. Who drove you to the hospital?
Suamiku....
17. Who watched you giving birth?
Doktor, nurse..
18. Was it natural or c-section?
C-section. Sebenarnya dh cuba utk bersalin normal setelah hampir 4 jam dalam labor room. Tapi setelah push 3 kali, baby dah berak hijau..jadi Doktor nasihatkan utk buat C-section
19. Did you take medicine to ease the pain?
C-section off course kena masuk ubat bius....
20. How much did your child weigh?
3.2kg
21.When was your child actually born?
10 June 2006 (World Cup 2006)
22. What did you name him/her?
Fahiem Imtiyaaz
23. How old is your first born today?
2 yrs 9 mths 2 wks
24. Would you do it again?
Off course..dah dapat 2nd baby pun....tak akan serik lagi untuk mendapatkan yang seterusnya...
Seterusya mama nak tag Ija (http://www.ijady.blogspot.com/)
Saturday, September 27, 2008
Mama suspense lagi......
Selasa 23 September/ Ramadhan.
Ingatkan dah nak bersalin................
Saturday, September 06, 2008
Check up di Hospital Putrajaya
Hari Khamis pagi mama ke Hospital Putrajaya untuk check up bagi menentukan mode of delivery. Mama patient pertama yang sampai kat Klinik O&G. Mama berjumpa dengan Dr Sumita untuk consultation. Dr tanya samaada mama nak try bersalin normal kali ni. Mama hanya jawab tak tahu pasal mama tak pasti kemampuan mama kali ni. Seterusnya Dr scan perut mama untuk lihat keadaan baby. Alhamdulillah baby dalam keadaan normal dan sihat. Dr juga check scar masa lahirkan Fahiem dulu. Selepas tu Dr check plak "jalan bawah" untuk menentukan kedudukan rahim. Selepas selesai check up Dr kata mama dibenarkan untuk bersalin normal dengan syarat contraction tidak melebihi 8 jam. Kalau lebih 8 jam, mama kena ceasar. Sakit melebihi 8 jam boleh menyebabkan scar terbuka. Dr juga beritahu mama, ceasar utk kali kedua tidak semudah kali pertama. Ia agak rumit dan makan masa yang lama. Ini kerana jahitan yang pertama tu mungkin melekat-lekat. Seram jugak mama dengar. Walau apapun yang Dr katakan mama perlu bersedia untuk menghadapi kemungkinan2 yang bakal berlaku. Insya Allah.Wednesday, August 27, 2008
MGTT
Spt yang telah ditetapkan mama ke Klinik Putrajaya hari ni untuk buat MGTT. MGTT tu singkatan utk Meal Glucose Tolerance Test. Org biasa sebut minum air gula. Sampai kat klinik mama terus ke kaunter. Bagi ibu2 mengandung yang nak buat MGTT tak perlu ambil no. seperti biasa. Hanya perlu terus ke kaunter dan maklumkan kpd petugas kaunter berkenaan ujian ni. Seterusnya diberi no giliran dan terus boleh ke makmal tanpa perlu menunggu giliran dipanggil.
Seterusnya macam biasa ambil urine utk test. Pastu amik darah plak. Eeee..bila time amik darah ni hati jadi berdebar2. Takut nak tengok jarum. Dan...sampailah masanya mama kena minum glukos yang amat manis tu. Terpaksa le telan aje walaupun manisnye macam menyengat sampai kat kepala. Rasanye cukuplah lepas ni... memang kena jaga berat badan supaya tak naik berlebihan tiap2 kali check up. Serik betul minum glukos. Yuck!!!! Lepas abis minum kena rehat 2 jam tanpa mengambil sebarang bentuk makanan kecuali air masak. Aduiii...sampai terlelap la mama kat sana nak menunggu keputusan. Tepat jam 10.15 ambil urine dan darah sekali lagi. Alhamdulillah resultnye...Yellow...bermakna normal dan tiada kencing manis. Leganya. Berat mama hari ni ialah 54kg shj. Naik 700 gram dlm masa 2 minggu.
Hari ni Doktor bagi surat refer ke Hospital Putrajaya utk set appointment date. Balik dari klinik mama terus drive ke Hospital. Nurse bertugas di klinik O&G telah beri tarikh 4 September 2008 untuk jumpa Doktor. Nampaknya minggu depan baru boleh tau kaedah bersalin mama. Normal atau ceasar. Berdebar-debar rasanya....
Friday, August 15, 2008
Minggu ni dah masuk 32 minggu mama mengandung. Semalam check up kat Klinik Kesihatan Putrajaya. Berat mama naik lagi. 2.3kg dalam masa 2 minggu. Sepatutnya mama hanya boleh naik 1kg. Huh huh..kena repeat MGTT lagi. Masa minggu ke-29 dah kena buat MGTT sekali. Nasib baik resultnya Green. Tapi nurse advised jgn makan berlebihan. Kalau makan nasi tu ambil satu senduk je..Hmmm..tu le perkara yang mama tak leh elak. Sekali makan nasi mau bukan setakat dua tiga senduk tapi berulang2 kali makan. Selera tengah memuncak. Jadi 27.8.08 ni mama kena le repeat MGTT sekali lagi. Apakan daya.
Minggu ke-34 nanti kena check up kat Hospital Putrajaya plak. Doktor nak check scar masa melahirkan Fahiem dulu. Check up ni akan menentukan samaada mama boleh bersalin secara normal atau ceasar. Kalau ceasar, nampaknya dalam bulan puasa ni. Kalau normal minggu pertama raya. Seram jugak walaupun pengalaman kedua. Teringat masa dapat contraction untuk lahirkan Fahiem. Sakitnya Allah saja yang tahu. Lebih 24 jam sakitnya. Walaupun dah terbuka 10cm dan telah berusaha push utk keluarkan Fahiem, tapi telah ditakdirkan Fahiem lahir secara ceasarian. Masa tu ayah kata tak sanggup lagi tengok mama sakit. Dia kata kalau boleh bersalin ceasar je senang. Tak payah tunggu sakit. Hmmm..kita tunggu je apa kata doktor masa check up minggu ke-34 nanti.
Menjelang puasa dan seterusnya raya ni mama akan buat persiapan untuk bersalin. Minggu depan baru nak keluarkan baju-baju Fahiem untuk dibasuh. Kesian jugak kat anak no.2 kan? Kena pakai baju recycle abang dia aje. Tapi mama plan nak beli dalam 2 pasang baju baru. Untuk sambut kelahiran, kalau boleh biar baby pakai baju baru. Tadi mama baru je baca blog Yana. Dalam blog tu Yana ada senaraikan barang untuk persediaan menerima kelahiran baby. Mama boleh refer kat blog Yana untuk beli barang2 baby. Terima kasih Yana. Tapi untuk anak kedua tak banyak barang yang perlu beli, sebab boleh guna yang Fahiem punya je. Cuma untuk baby kali ni mama perlukan baby cot. Kepada sesiapa yang terbaca blog ni boleh tak cadangkan kepada mama kat mana boleh beli baby cot yang berkualiti dengan harga yang berpatutan. Penting baby cot ni sebab paling utama adalah supaya Fahiem tak ganggu baby tidur. Heheheheh...Almaklum je la..Fahiem ni bukan boleh tengok baby, mesti nak cium punya.
Macammana dengan persiapan mama plak? Dah beli set bersalin? Hahah..masih mencari yang sesuai. Masa Fahiem dulu guna Leesa Formula. Tapi kali ni nak try yang lain plak. Mungkin Set Bersalin DCL. Oh ya kali ni mama akan berpantang kat rumah nenek. Kalau masa Fahiem dulu kat rumah Mak Tok. Tahun ni kebetulan Mak Su Yati pun nak bersalin (due sama ngan mama). Jadi Mak Su akan berpantang kat rumah Mak Tok. Kalau mama boleh bersalin normal, maknanya kemungkinan besar tak balik beraya sampailah bersalin. Nampaknya kena hantar Fahiem kat rumah nenek sebelum raya. Cian Fahiem.
Hujung minggu ni kalau ada masa nak pergi scan baby kat Poliklinik MediNur kat Puchong. Masa kandungan 5 bulan dah scan tapi tak nampak jantina baby. Pemalu agaknya baby ni. Kalau masa Fahiem dulu, tiap2 kali scan mesti nampak jantina..hahhahahah. Berdasarkan pengamatan dan pengalaman kawan-kawan mama, majoriti mengatakan baby mama adalah lelaki. Tapi nenek pernah kata yang no.2 ni perempuan berdasarkan lipatan di peha Fahiem semasa Fahiem baby dulu. Bagi mama, lelaki atau perempuan tu perkara no.2. Yang penting dapat bersalin dengan selamat dengan baby yang sihat sempurna. Insya Allah...
Tuesday, July 29, 2008
Hari ni hari jadi mamalah.....

Selamat hari jadi mama
Hari ni genap usia mama Fahiem yang ke 32..Bertambah setahun lagi umur mama...Apa yang mama ada pada usia ni? Alhamdulillah...macam-macam ada. Yang paling istimewa mama ada ayah Fahiem ngan Fahiem...mmm..cayangnya...Tahun ni Fahiem nak dapat adik..Seronoknya tak terkira..Bertambah lagi ahli keluarga. ...Itulah sebenarnya hadiah harijadi mama yang paling berharga...
Friday, September 28, 2007
Ada saje yang tak kena semalam...
Semalam 27.09.07 mama ada seminar kat IOI Marriot Putrajaya. Janji ngan kawan-kawan nak konvoi sbb tak tau jalan. So kami pun pergi la berkonvoi. Ada 6 buah kereta semuanya. Mama memandu no. 2 dari belakang. Mula-mula perjalanan lancar. Sampai separuh jalan ada trailer panjang di hadapan. Macam low loader. Jadi kami semua overtake trailer tu kecuali sorang kawan tertinggal kat belakang mama. So mama pun drive perlahan sikit supaya kawan tu nampak. Tak lama lepas tu mama nampak signboard IOI Marriot menunjuk ke arah kiri. Mama tengok kawan-kawan bagi signal ke kiri. Ada simpang ke kiri di hadapan. So mama memang budget itulah simpang nak ke Marriot. Mama pun bagi signal dan bersedia nak masuk ke simpang tu. Bila dah dekat nak masuk simpang tiba-tiba baru perasan yang kawan2 kat depan tak masuk simpang tu. Mama terus nak ke kanan balik. Tiba-tiba....HONKKKKKKKKKKKKKKKKK!!!!!!!!!!!! Trailer tadi hon. Terkejut gila mama jadinye. Tengok belakang rupanya trailer tu dah hampir ngan kereta mama. Ya Allah! Selamatkan aku...mama tekan minyak terus laju ke depan. Menggigil seluruh badan. Rasa nak nangis pun ada. Nasib baik tekan minyak..kalau tekan brek memang kena sondol dengan trailer tu...Alhamdulillah Allah telah selamatkan mama. Rupanya ada satu lagi simpang di depan. Kawan-kawan bagi signal sebab nak berada dalam lane kiri sekali.
Moral of the story:
1.Kena fokus semasa memandu. Tengok signboard betul-betul.
2.Jangan bergantung sepenuhnya kepada orang lain.
Kejadian kedua
Seminar habis lebih kurang pukul 5.30 petang. So mama dgn kawan-kawan pergi bayar parking kat main lobby. Ada dua mesin bayaran. So mama bayar kat mesin yang pertama. Lepas masukkan duit, mama terus ambil balance duit dgn resit. Lepas tu terus pegi kat kawan2 kat mesin yang satu lagi. Kebetulan kawan mama tak cukup duit, so mama pinjamkanlah duit kat dia. Masa bagi duit tu terpandanglah kat seorang lelaki Cina ni. Berpakaian smart siap ngan tie. Dia pegi kat mesin yang mama gunakan tadi. Tapi dia duduk kejap je kat situ dan terus pergi. Tiba-tiba baru mama teringat mama tak ambil kad parking lagi. Mama pergi balik kat mesin tadi tengok takde plak kad tu. Dalam hati kata, dah ambil ke kad tu...Cari-cari kat dalam handbag takde. Masa tu baru perasan rupanya lelaki Cina tadi dah curi kat parking mama. Ewahhhh...senangnya dia...tak payah bayar parking. Punyalah frustnya mama. Takkan nak cari balik lelaki tu minta kad. Kalau hilang kad kena denda RM30. Mama gelabah la kejap. Dok fikir macam mana. Kawan2 semua dah kena turun kat parking sbb kena tinggalkan hotel tu dlm masa 15 minit selepas bayar parking. Mama pun pergi dekat kaunter kata yang kad parking tu tak keluar. Petugas kat kaunter tu minta no. kereta dan jenis kereta mama. Dia call Security dan minta release kan kereta bila mama keluar. Alhamdulillah...lega rasanya. Tak perlu bayar denda RM30. Kalau tak melayang duit. Dahle parking RM8. Berbahgialah orang yang curi kad parking mama tu....
Moral of the story:
1. Jangan lupa ambil kad parking selepas bayaran.
2. Buat kerja biar cermat. Jangan separuh jalan.
3. Penipuan berlaku dimana-mana.
Kejadian ketiga
Balik dari Marriot terus ambil Fahiem. Sebab sampai rumah Mama Wan dah lewat, dalam pukul 6.30. Takut tak sempat nak masak untuk berbuka. So mama pergi beli kuih tak jauh dari rumah Mama Wan. Mama dukung Fahiem. Jalan kaki dengan Mak Usu ke tempat jual kuih. Ada beberapa orang sedang membeli kuih masa tu. Bila dah sampai tempat jual kuih tu, tiba-tiba salah seorang pembeli tu terus jalan sebelah mama dan tertolak mama. Mama tak boleh control terus terlanggar batu dan hampir tersungkur ke tengah jalan. Nasib baik ada kereta Perdana parking dekat tepi jalan tu. Terus mama bertahan dekat kereta tu. Nasib baik juga Fahiem tak jatuh dan takde apa-apa. Cuma mama je rasa sakit kat hujung kaki pasal tersepak batu.
Moral of the story:
1. Jangan lalu kat belakang orang. Make sure kalau lalu tu jarak antara dia dengan kita adalah jauh