SELAMAT DATANG KE BLOG FAHIEM IMTIYAAZ & NUR HADIYA NUHA

Showing posts with label Ayah. Show all posts
Showing posts with label Ayah. Show all posts

Sunday, August 21, 2011

7 tahun sudah......



Hari ini 21 Ogos 2011 genap 7 tahun perkahwinan kami. Alhamdulillah syukur kepada Allah kerana telah memanjangkan jodoh perkahwinan kami sehingga ke hari ini. Syukur juga kerana telah dikurniakan dengan sepasang cahayamata - Fahiem dan Nuha sebagai pengikat kasih sayang kita.

Terima kasih ayah kerana telah menjadi suami yang terbaik buat mama. Selama 7 tahun itu kita telah melalui pelbagai susah payah bersama. Terima kasih kerana amat memahami mama. Semoga Allah kurniakan kita jodoh yang berpanjangan sehingga ke akhir hayat. Amin.



Blogger Templates
Blogger Templates

Saturday, October 30, 2010

Mari Menulis Blog

1.Tajuk kat atas macam nak kasi tutorial cara nak tulis blog aje. Tapi sebenarnya sebab mama dah lama tak update blog. Malas sesangat. Ok, hari ni tetiba mood menulis datang. Siap tukar background, header dan tambah signature. Kira kasi mekap blog ni yang dah bersawang.

2.Banyak citer yang dah basi. Antaranya hari jadi cinta hati mama yang 2 orang tu iaitu Ayah dan Nuha. Dua-dua lahir bulan September. Ayah pada 8 Sept dan Nuha 29 Sept. Sebab nak abadikan dalam blog maka mama tulis le ucapan ini - Happy Belated Birthday to Ayah n Nuha....

3.Ok citer lain plak. Tahun 2011 dah tak lama lagi. Bermakna Fahiem akan masuk 5 tahun. Tahun ni tahun terakhir Fahiem kat Taska Narizan. Tahun depan masuk Tadika Generasi Educare, dekat jer ngan rumah. Boleh jalan kaki kalau nak exercise.Alang-alang hantar Fahiem kesitu, jadi mama daftarkan juga Nuha kat taska yang sama. Mama dah tengok syllabus kat situ. Puas hati la. Paling penting ada belajar solat. Untuk umur 5 tahun ada belajar bahasa Arab dan ada juga art class. Tak sabar nak masukkan mereka ke situ.

4. Ok mama nak citer pasal tv plak. Fahiem ni memang peminat Astro Ceria. Dari celik mata sampailah dah nak terlelap pun nak tgk citer kat Ceria. Memang tak bagi chance langsung kat mama dan ayah nak tgk citer lain. Kadang-kadang sampai bergaduh ngan dia berebut channel tv. Sekarang ayah ambil keputusan utk lock channel ceria. Pada pandangan mama ada citer katun jepun kat ceria tu yang tak elok utk ditonton terutamanya kanak-kanak. Contohnya Hagemaru, memang kelakar tapi menggambarkan sifat kedekut, suka mengenakan orang dan tidak hormat cikgu. Asarichan pun sama juga. Mama bimbang Fahiem dan Nuha meniru perangai yang tak baik tu. Bila dah lock ceria tu dah tak boleh tgk Tom-tom Bak dan Geng Bas Sekolah. Kesian juga kat mereka. Jadi sebagai ganti sekarang mereka layan TVIQ. Fahiem paling suka Clever. Maklumle ada Uncle Aznil ngan Saintis Rafidah. Mama pun suka tgk sbb boleh belajar sains dalam kehidupan. Dulu masa sekolah tak minat, dah tua2 ni baru le sedar betapa pentingnya subjek tu. Huhuhu, nasi dah jadi bubur...

5. Tadi mama terima sms dari sahabat mama, kak Roslina Abdul Hayet. Dia dan suami akan berangkat ke Mekah petang ni. Sayu sungguh membaca sms yang berbunyi "Insya Allah kembara kami menuju Rumah Allah bermula petang ini. Semoga dipermudahkan dan menjadi tetamuNya yang dinanti2. Mohon bekalkan perjalanan kami dengan Al-Fatihah" Mama doakan mereka selamat sampai di sana dan dapat menunaikan ibadah haji dengan sempurna. Mudah-mudahan, Insya Allah.
Blogger Templates
Blogger Templates

Wednesday, September 09, 2009

Selamat Hari Jadi Ayah

Semalam birthday ayah - 8 September 2009. Tak sempat nak post entry. Sori ayah, hari ni baru mama post. Tapi dah wish ayah awal pagi lagi dan sehari sebelum kat facebook. Kira ok la kan. Hahaha. Cuba tengok gambar ayah kat atas ni..macam muka sape ekkk? Fahiem kata gambar ni gambar Nuha. Memang ada rupa Nuha la..
Bila nak celebrate birthday? Tunggu lepas raya ke ayah? Hehehe. Tunggu je la waktu sesuai.