Blogger Templates
Tuesday, November 16, 2010
Pengorbanan
Blogger Templates
Friday, September 25, 2009
Corat-coret Aidilfitri

Fahiem dan Nuha seronok je dapat beraya dengan sepupu-sepupu yang seramai 30 orang tu. Riuh rendah rumah atuk jadinya. Tapi kami tak dapat nak bergambar satu keluarga sebab biasalah kan Fahiem ngan Nuha yang tak duduk diam tu. Semua gambar jadi tak elok. Tengoklah gambar2 ni.
Raya kedua kami bertolak ke Perak. Singgah kat Ipoh beraya rumah Tok Ngah. Sempat juga celebrate besday Along kat rumah Tok Ngah, tapi kami tak ambil gambar. Lepas tu, pergi ziarah kubur arwah Tok Wan dan Mak Tok Ayah. Mama duduk dalam kereta je sebab Nuha tidur.
Habis ziarah kubur terus ke Teluk Intan, rumah Tok Chik. Lepas tu terus balik ke Trong.
Raya ketiga tak pergi mana-mana. Jadi Fahiem pergi mandi sungai dengan sepupu2nya. Seronok dia dapat mandi sungai.
Sepatutnya kami pulang ke Putrajaya petang tu. Tapi tak jadi sebab Mama kena berurut malam tu. Terjadinya satu tragedi di tengahari raya ketiga tu. Mama jatuh teduduk atas dulang yang penuh berisi cawan. Kuasa Allah, semua cawan terpelanting keluar dulang. Alhamdulillah mama tak terduduk atas kaca. Tu yang mama sakit2 badan dan kena berurut juga malam tu. Terpaksalah Ayah ambil EL hari Rabu. Rabu petang baru bertolak ke Putrajaya.
Tuesday, November 11, 2008
Beraya dalam wad pediatrik....
Kegembiraan tadi bertukar jadi kesedihan... Huwaaaa.....beraya kat hospital la jawabnya..Tapi demi kesihatan Nuha hidup mesti diteruskan. Mama dan Nuha berpindah ke wad 2C dan ditempatkan di katil no. 2. Dalam wad, Nuha terpaksa tidur di bawah lampu. Cian anak mama. Di saat orang bergembira menyambut raya, kita plak kena duduk dalam wad. Semasa dalam wad Doktor memberi sedikit penerangan berkenaan G6PD. Mmmm..nampaknya bayi yang kurang G6PD amat sensitif kpd kacang parang, ubat gegat, ubat tradisional, jamu, ubat sehseh dan pelbagai lagi. Rupanya Nuha tidak keseorangan mengalami masalah ini. Ramai lagi kanak-kanak lain yang kekurangan G6PD ditempatkan di dlm wad yang sama.
Selama berada di wad, sampel darah Nuha diambil tiap-tiap pagi untuk dianalisa di makmal. Mujurlah ada sepupu mama, Along Faizal yang bekerja di makmal hospital Putrajaya. Jadi dia banyak beri maklumat berkenaan G6PD kepada mama. Selain ayah yang datang menemani mama, Along Faizal juga datang melawat Nuha dan mama di wad. Jadi tidaklah rasa sunyi. Acik Azue dan Ayah Andak Zuan sekeluarga juga datang.
Akhirnya pada 4.10.08 Nuha dan mama dibenarkan keluar wad.
Wednesday, December 19, 2007
Selamat Hari Raya Aidil Adha
Esok umat Islam seluruh dunia akan menyambut Hari Raya Aidiladha. Raya korban kali ni Fahiem tak balik kampung. Cuti mama tinggal lagi 2 hari...uhuk uhuk..sedihnye...! Nak simpan cuti 2 hari tu untuk tahun 2008. Reserve la kalau Fahiem sakit atau ada kecemasan.
Menu apa nak mama nak masak esok yek??? Mmmmm...mee bandung Muarla....jemputlah datang umah Fahiem....
Salam Aidil Adha buat semua...
Monday, November 12, 2007
Cite raya - 29 Syawal 1428H
Masa raya ada ambil banyak gambar tapi banyak yang tak cantik. Kebanyakan gambar Fahiem yang pakai baju melayu tak menjadi. Maklumla kamera tak canggih, jadi hasilnya pun kurang memuaskan. Nak edit, tak reti plak nak pakai adobe photoshop, belum sempat nak belajar lagi. Ada dah Acik Anis tunjukkan kat opis tapi tak pernah try buat sendiri. Tapi masa Acu nikah aritu, masih dalam bulan Syawal, kebetulan semua pakai baju Melayu, so Fahiem pun apalagi pakai jugakla baju Melayu Johor dia tu. Lengkap bersampin. So dapat jugakla snap gambar dia. Rasanya ni je gambar yang dalam kategori "boleh tahan" untuk dipublishkan dalam blog ni..
Cerita Raya dan Puasa (Lambat update..dah basi.......)
Sebenarnya dah lama nak update blog..tapi disebabkan tak jumpa card reader, so terperamla cite-cite masa puasa ngan raya tu..ni dah habis Syawal dah pun baru nak upload cite n gambar sekali.
Cite puasa 1 - Ayah teringin nak buat BBQ. So ayah pun buatla masa balik puasa kat umah Mak Tok aritu..macam mengidam plak ayah ni...Fahiem pun apa lagi enterprem la posing kat tempat bakar BBQ tu...Tengokla juadah buka puasa kami kat kampung...nyum nyum nyum....
