SELAMAT DATANG KE BLOG FAHIEM IMTIYAAZ & NUR HADIYA NUHA

Showing posts with label Perkahwinan. Show all posts
Showing posts with label Perkahwinan. Show all posts

Thursday, April 02, 2009

Selamat Pengantin Baru Pak Ngah Fazli

Minggu lepas Fahiem sekeluarga pergi kenduri kahwin Pak Ngah Fazli di Ipoh. Pak Ngah Fazli merupakan sepupu ayah. Pak Ngah bertemu jodoh dengan orang Johor iaitu Mak Ngah Zanita. Satu yang menarik mengenai pasangan ini ialah Pak Ngah adalah satu-satunya anak lelaki dalam keluarga manakala Mak Ngah merupakan anak perempuan tunggal dalam keluarganya. Pak Ngah betul2 nampak ceria hari tu..maklumla hari bahagia dia. Warna tema ialah biru torqoise dan hijau. Kepada Tok Ngah, tahniah kerana dapat menantu yang kedua. Tahniah juga buat kedua2 mempelai. Moga bahagia ke akhir hayat.

P/s : Entry ini ditujukan khusus buat Umi, Acu, Maksu dan Hakiem yang tak dapat hadir kenduri tu.



Sesi bergambar dengan keluarga..



Lagi gambar di pelamin dan makan beradab



Fahiem posing atas pelamin bersama Kakak Fatin dan Kakak Najihah




Thursday, March 19, 2009

Cerita Balik Kampung


Minggu lepas kami sekeluarga balik kampung Tok Wan kat Trong, Perak. Along dan Alang pun balik. Lama tak berjumpa especially dengan Alang. Sejak mama bersalin, ini kali pertama kami jumpa Alang sekeluarga. Jadi bila dah berkumpul tu, kami buat BBQ.


Seronok makan ramai-ramai. Umi buat nasi goreng cina, mak tok pula buat bubur jagung. Mama buat apa? Mama tolong makan je..Hehehe...Kami makan kat "dangau", kat bawah rumah. Tok Wan kata dah lama tak makan kat situ.

Apa lagi aktiviti masa kat kampung? Haa...ada pertandingan main batu seremban. Peserta-peserta terdiri daripada Tok wan, Mak Tok, Umi dan Mak Alang. Tapi depa ganti batu dengan kulit kerang. Kira mencabar jugalah nak main tu. Peserta tercorot kena denda gosok baju untuk pakai pergi kenduri kahwin kat Telok Medan. Siapalah yang tercorot tu ye??? Jawapannya ialah Tok Wan.... Sian Tok Wan kena denda... Tapi Tok Wan tak gosok pun baju...

Tengahari tu kami pergi kenduri kahwin. Ini adalah majlis perkahwinan dua pupu ayah iaitu Dr Asyrafun Nur dengan pasangannya Khairul Anwar. Masa tu hujan lebat. Jadi memang berselera makan. Makanan semua sedap belaka. Jemputan adalah seramai 3000 orang. Memang meriah majlis tu. Tahniah kepada pasangan pengantin. Moga bahagia ke akhir hayat.

Selepas makan kenduri, kami berangkat balik ke Putrajaya semula.

Monday, November 12, 2007

Lagi suasana kemeriahan perkahwinan Acu dan Maksu



Majlis persandingan - 30 Syawal 1428H

Malam Berinai

Dengan sekali lafaz Norhayati Ishak sah menjadi milik Mohd Zukhairi Mat Nafi pada tanggal 29 Syawal 1428H. Tahniah Acu dan Maksu dari Fahiem sekeluarga.

Akad nikah berlangsung selepas solat Asar. Disebelah malamnya berlangsung majlis berinai. Wahhh...meriah betul.. Pengantin dan keluarga pengantin lelaki diarak oleh pasukan kompang Felda Medoi. Selesai paluan kompang pengantin dibawa ke pelamin untuk majlis berinai. Chewahh...tak sangka kami semua dipanggil untuk menepung tawar pengantin. Semuanya malu-malu untuk tampil ke pelamin untuk tepung tawar tu. Nasib baikla takde jurugambar Astro ke TV3 ke. Gagah jugakla kedepan merenjis2 air mawar.

Ditengah-tengah kemeriahan acara tepung tawar tu, Fahiem tidur dengan nyenyaknya dalam pakaian lengkap baju Melayu. Punye letihnya dia, macamla tolong rewang...



Selamat Pengantin Baru - Acu dan Maksu