
Minggu ni ayah bawa kami round-round Putrajaya. Kali ni ke Pusat Kejiranan Presint 11. Pusat Kejiranan ni baru je dibuka. Ada kolam renang di situ. Nampak menarik je untuk bersantai bersama keluarga. Ada kolam renang untuk kanak-kanak dan ada untuk orang dewasa. Setakat ni untuk masuk ke kolam belum dikenakan bayaran. Mungkin tak lama lagi kena bayar. Masa kami datang tu tak bawa pakaian renang, jadi tak dapatlah Fahiem main-main air. Fahiem sungguh teruja nak mandi. Takpe lain kali boleh pergi lagi. Tak jauh pun dari rumah.


Selain daripada Presint 11 ni, terdapat juga kolam renang di Presint 6, 9 dan 16. Tapi mungkin yang paling cantik adalah di sini. Disini terdapat gazebo untuk berehat, mungkin juga boleh berkelah disitu. Itupun kalau dibenarkan oleh pihak pengurusan kolam. Sekali pandang macam kat resort plak. Memang cantik.

