SELAMAT DATANG KE BLOG FAHIEM IMTIYAAZ & NUR HADIYA NUHA

Showing posts with label Birthday. Show all posts
Showing posts with label Birthday. Show all posts

Saturday, October 30, 2010

Mari Menulis Blog

1.Tajuk kat atas macam nak kasi tutorial cara nak tulis blog aje. Tapi sebenarnya sebab mama dah lama tak update blog. Malas sesangat. Ok, hari ni tetiba mood menulis datang. Siap tukar background, header dan tambah signature. Kira kasi mekap blog ni yang dah bersawang.

2.Banyak citer yang dah basi. Antaranya hari jadi cinta hati mama yang 2 orang tu iaitu Ayah dan Nuha. Dua-dua lahir bulan September. Ayah pada 8 Sept dan Nuha 29 Sept. Sebab nak abadikan dalam blog maka mama tulis le ucapan ini - Happy Belated Birthday to Ayah n Nuha....

3.Ok citer lain plak. Tahun 2011 dah tak lama lagi. Bermakna Fahiem akan masuk 5 tahun. Tahun ni tahun terakhir Fahiem kat Taska Narizan. Tahun depan masuk Tadika Generasi Educare, dekat jer ngan rumah. Boleh jalan kaki kalau nak exercise.Alang-alang hantar Fahiem kesitu, jadi mama daftarkan juga Nuha kat taska yang sama. Mama dah tengok syllabus kat situ. Puas hati la. Paling penting ada belajar solat. Untuk umur 5 tahun ada belajar bahasa Arab dan ada juga art class. Tak sabar nak masukkan mereka ke situ.

4. Ok mama nak citer pasal tv plak. Fahiem ni memang peminat Astro Ceria. Dari celik mata sampailah dah nak terlelap pun nak tgk citer kat Ceria. Memang tak bagi chance langsung kat mama dan ayah nak tgk citer lain. Kadang-kadang sampai bergaduh ngan dia berebut channel tv. Sekarang ayah ambil keputusan utk lock channel ceria. Pada pandangan mama ada citer katun jepun kat ceria tu yang tak elok utk ditonton terutamanya kanak-kanak. Contohnya Hagemaru, memang kelakar tapi menggambarkan sifat kedekut, suka mengenakan orang dan tidak hormat cikgu. Asarichan pun sama juga. Mama bimbang Fahiem dan Nuha meniru perangai yang tak baik tu. Bila dah lock ceria tu dah tak boleh tgk Tom-tom Bak dan Geng Bas Sekolah. Kesian juga kat mereka. Jadi sebagai ganti sekarang mereka layan TVIQ. Fahiem paling suka Clever. Maklumle ada Uncle Aznil ngan Saintis Rafidah. Mama pun suka tgk sbb boleh belajar sains dalam kehidupan. Dulu masa sekolah tak minat, dah tua2 ni baru le sedar betapa pentingnya subjek tu. Huhuhu, nasi dah jadi bubur...

5. Tadi mama terima sms dari sahabat mama, kak Roslina Abdul Hayet. Dia dan suami akan berangkat ke Mekah petang ni. Sayu sungguh membaca sms yang berbunyi "Insya Allah kembara kami menuju Rumah Allah bermula petang ini. Semoga dipermudahkan dan menjadi tetamuNya yang dinanti2. Mohon bekalkan perjalanan kami dengan Al-Fatihah" Mama doakan mereka selamat sampai di sana dan dapat menunaikan ibadah haji dengan sempurna. Mudah-mudahan, Insya Allah.
Blogger Templates
Blogger Templates

Thursday, July 29, 2010

Tambah setahun lagi.......

Ye...hari ini bertambah setahun lagi usia mama. Syukur kepada Allah kerana telah memberikan peluang kepada mama untuk meneruskan kehidupan ini. Semalam mama sukar untuk melelapkan mata. Sakit kepala. Angin migraine masih ada. Mama telan cafergot. Lega sedikit.

Semalam mama cuba untuk buat kek birthday untuk diri sendiri. Haha...kelakar plak rasanya. Sampai sakit kepala. Tapi lega resepi yang dicuba menjadi. Nanti mama post entri kat Buku Resepi Mama.

Apa agaknya hadiah paling istimewa buat mama kali ini? Ya..semestinya keluarga bahagia yang mama miliki pada hari ini terutama suami dan sepasang cahaya mata. Syukur sekali lagi kepada Yang Esa atas kurniaannya itu. Harapan mama seterusnya ialah moga Allah permudahkan segala urusan mama di dunia ini supaya dapat mempersiapkan diri dengan bekalan yang cukup ke destinasi akhirat. Amin.....

Thursday, June 10, 2010

Selamat Hari Jadi Fahiem Imtiyaaz


Tarikh 10 Jun hadir lagi. Menandakan bertambahnya usia Fahiem lagi setahun. Hari ini umur Fahiem 4 tahun. Hari ini juga genap 4 tahun mama menjadi seorang ibu.

Mama bersyukur kehadrat Illahi kerana telah mengurniakan anak-anak sebagai penyambung zuriat keluarga. Harapan mama agar Fahiem menjadi insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara.Mama sentiasa doakan Fahiem....Insya Allah.

Wednesday, September 30, 2009

Yeay!!! Nuha dah setahun....

Semalam Nuha genap 1 tahun - 29 September 2009. Happy Birthday sayang. Moga Nuha jadi anak yang solehah. Ni mama upload gambar2 budak umur setahun ni....





Nuha tengah cuba nak pujuk Along menangis



Gambar tido lepas kena injection


Cuba ambil majalah mama dalam almari

Wednesday, September 09, 2009

Selamat Hari Jadi Ayah

Semalam birthday ayah - 8 September 2009. Tak sempat nak post entry. Sori ayah, hari ni baru mama post. Tapi dah wish ayah awal pagi lagi dan sehari sebelum kat facebook. Kira ok la kan. Hahaha. Cuba tengok gambar ayah kat atas ni..macam muka sape ekkk? Fahiem kata gambar ni gambar Nuha. Memang ada rupa Nuha la..
Bila nak celebrate birthday? Tunggu lepas raya ke ayah? Hehehe. Tunggu je la waktu sesuai.

Wednesday, July 29, 2009

Hepi Besday Mama!


Eh! hari ni 29/07 la.... besday mama la...... fahiem,nuha & ayah ucapkan selamat hari lahir buat mama tersayang........ semoga dipanjangkan umur & dimurahkan rezeki.... amin....

Sunday, June 21, 2009

Besday Fahiem @Yankies Hut

Setelah seminggu birthday Fahiem, barulah dapat celebrate. Tahun ni ayah pilih untuk celebrate kat Yankies Hut di Bangi. Mama belikan kek indulgence dan letak gambar Ben 10. Fahiem suka sangat dapat kek Ben 10.

Tapi malam tu Fahiem tetiba je hilang mood. Buat muncung itik. Tak nak salam ngan semua orang. Biasalah tu...nak dapat perhatian sebenarnya. Betul tak? Kalau tak, bukanla nama nya Fahiem. Tengokla aksi dia kat bawah ni.

Acara dimulakan dengan bacaan doa oleh Darweesh. Lepas tu apalagi...makan sampai habis. Sedap makanan kat Yankies Hut. Fahiem lepas makan kek dah tak mau makan nasi. Kenyang makan gambar Ben 10.

Lepas makan kek, mood Fahiem jadi ok. Terus pergi main. Agaknya gambar Ben 10 yang Fahiem makan tu dah kasi tenaga kot kat Fahiem. Tu yang berlari-lari keriangan. Yang Fahiem paling suka malam tu sebab dapat hadiah. Terima kasih Hakiem, Abg Darweesh dan Abg Razin sebab bagi Fahiem hadiah......

Wednesday, June 10, 2009

Selamat Hari Jadi Along.........





Hari ni 10 Jun 2009...ye ke? macam tak percaya. Fahiem dah 3 tahun. Sekejapnya, cepatnya...Pantasnya masa berlalu. Selamat Hari Jadi ye sayang mama. Nanti mama belikan Fahiem donat Big Apple ye...Fahiem suka kan? kan? Nanti kita celebrate lepas ayah balik dari outstation, okay????
Mama, Ayah dengan Nuha ucapkan Selamat Hari Jadi.....
Doa mama agar Fahiem membesar menjadi anak yang soleh....(Fahiem nak jadi Ustaz kan??)

Thursday, March 05, 2009

Birthday Umi @Restoran Nelayan Titiwangsa

Bulan Februari tahun 2009 hanya ada 28 hari. Tiada tarikh 29 Februari kerana ia hanya akan muncul 4 tahun sekali. Tapi tidak bermakna mereka yang lahir pada tarikh tersebut tidak bertambah umurnya...dan tidak bermakna mereka tidak boleh menyambut harilahir mereka.

Umi atau Puan Norliza Kasah dilahirkan pada 29 Februari 1968. Umi merupakan kakak ipar ayah Fahiem (biras mama). Kalau ikutkan sebelum ni memang kami hanya dapat raikan birthday Umi pada tarikh 29 Februari tapi kerana kasihnya seorang suami terhadap isteri, tahun ini Along telah membuat surprised birthday party untuk Umi kat Restoran Nelayan Titiwangsa pada 28 Februari lepas. Jadi kami pun dapatlah tumpang sekaki makan seafood kat sana. Memang kenyanglah malam tu pasal dapat makan free...Terima kasih Along dan Umi sekeluarga....


Kek birthday Umi yang ke 41
Happy Birthday to Umi

Acara potong kek

Sesi bagi hadiah

Pasangan romantis

Tetamu-tetamu kecil yang hadir


Sunday, February 01, 2009

Birthday Acu @Satay Station


Pada 28 Januari yang lalu Fahiem sekeluarga meraikan birthday Acu yang ke 30. Mak Su buat surprise kat Acu. Tapi biasalah Acu, awal-awal lagi dah dapat hidu plan Mak Su tu. Apalah Acu ni..lain kali kalau dah tau..buat-buatlah tak tau.. Isk isk isk... Yang menariknya tempat yang Mak Su pilih untuk meraikan birthday ini. Mak Su pilih Satay Station kat Kg Pandan. Satay kat sana memang kaw-kaw. Sedap gilerrr.....Lain dari yang lain. Selain daripada satay ada mee rebus. Pun sedap juga. Pandai Mak Su pilih tempat makan. Fahiem sekeluarga mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Lahir yang ke 30 buat Acu. Moga panjang umur dan murah rezki. Kepada Mak Su, terima kasih kerana belanja kami makan.

Satay Station, Kg Pandan (03-92846607)

Sebahagian ahli keluarga yang hadir

Suasana birthday Acu yang meriah

Friday, December 26, 2008

Selamat Hari Jadi Mak Su.....





Semalam kami sekeluarga meraikan birthday Mak Su Yatie yang ke 26 tahun. Acu buat surprise kat Mak Su. Terkejut besar Mak Su. Punyala best plan Acu kali ni. Siap berpakat ngan Ibu dan Abah Darweesh, Along dan Umi. Mak Tok, Tok Wan, Ayah, Mama, Fahiem, Nuha dan lain-lain jadi pelakon tambahan. Memang betul-betul meriah dan seronok bila berkumpul beramai-ramai.
Fahiem dan Nuha sekeluarga mengambil kesempatan utk mengucapkan Selamat Hari Jadi buat Mak Su. Diharap Maksu berbahagia bersama Acu dan Hakim.
Terima kasih kepada Acu kerana perut kami kenyang sangat sebab makanan sume sedap-sedap belaka.

Tuesday, July 29, 2008

Hari ni hari jadi mamalah.....


Selamat hari jadi mama

Hari ni genap usia mama Fahiem yang ke 32..Bertambah setahun lagi umur mama...Apa yang mama ada pada usia ni? Alhamdulillah...macam-macam ada. Yang paling istimewa mama ada ayah Fahiem ngan Fahiem...mmm..cayangnya...Tahun ni Fahiem nak dapat adik..Seronoknya tak terkira..Bertambah lagi ahli keluarga. ...Itulah sebenarnya hadiah harijadi mama yang paling berharga...

Tuesday, June 10, 2008

Fahiem...genap 2 tahun




Allah selamatkan kamu..
Allah selamatkan kamu..
Allah selamatkan Fahiem Imtiyaaz...
Allah selamatkan kamu....

10 Jun 2008..Hari ini birthday Fahiem yang ke 2 thn. Rasanya baru je melahirkan Fahiem. Rupanya dah masuk 2 thn. Fahiem dah pandai apa ye???? Tentu sekali dah pandai bercakap. Inilah waktu yang paling seronok rasanya bagi tiap-tiap ibubapa yang ada anak sebaya Fahiem.Apa tidaknya, setiap ayat yang kita lafazkan akan jadi ikutan si anak. Macam Fahiem, masih belajar menyebut banyak perkataan dengan betul. Sekarang ni ikut sedap mulut dia aje bercakap. Asalkan ada bunyi seakan2 perkataan yang sebenar. Contohnya kapal terbang disebut kapal kebang, takut jadi kakut dan abang jadi abam. Ada masanya nak ketawa dengar dia bercakap. Fahiem memang rajin bercakap. Asal bangun pagi, mesti dengar suara dia. Selalunya pagi-pagi dia akan sebut mama dan ayah. Kalau masa dia bangun, hanya mama yang ada dalam bilik, dia akan tanya "mama, ayah mana?" Begitulah seterusnya untuk satu hari. Selagi tak tidur ada saja yang nak dibualkan.

Dalam banyak2 perbualan dengan Fahiem, yang paling menyentuh hati ialah dialog ini..
Mama: Fahiem dah besar nak jadi apa?
Fahiem: Nak jadi utad (ustaz)
Mama: Nak sekolah kat mana?
Fahiem: Koyah (sekolah) gama (agama)
Mama: Baca apa kat sekolah?
Fahiem: Baca ko'an (Quran)".....

Friday, February 29, 2008

Selamat Hari Lahir Umi



Hari ni hari jadi Umi yang ke 40. Kalau ikut kalendar Masehi, Umi hanya sambut hari jadinya sekali dalam tempoh 4 tahun. Puas juga nak tunggu tarikh 29 Februari tu. Hanya timbul 4 tahun sekali. Hmmm...nampaknya Along kenalah buat majlis hari jadi besar-besaran untuk Umi. Sama-sama kita tunggu jemputan ke Saujana Utama hari ni.....

Thursday, January 17, 2008

Happy Belated Birthday..Arinah Leong






Pada Sabtu 12 Januari 2008, Fahiem dapat jemputan ke birthday party kawan Fahiem iaitu Baby Arinah Leong. Party tu pukul 4 ptg tapi....uhuk uhuk..ayah Fahiem kerja sampai petang plak pasal closing account 2007....huwaaaaaaaaaaa!!!!!!!...sebesen airmata Fahiem menangis...tak dapatla Fahiem pergi. Tapi walau apapun kesedihan Fahiem terubat bila Ibu Arinah hantarkan gambar Arinah potong kek....nyum nyum nyum..sedapnya kek..besar gila...

Terima kasih Arinah ...Happy Belated Birthday.....

Saturday, September 08, 2007

Selamat Harijadi Ayah.....


"Selamat Harijadi Ayah".....hari ni 8 September 2007 genaplah usia ayah Fahiem 31 thn. So hari ni mama masak makan malam spesel untuk ayah..ha...ha....sambal tumis ikan terubuk. Mama dapat resipi ni dari officemate...Selalu dia bawak sambal tu kalau ada potluck kat office. Kebetulan ada orang kasi ikan terubuk kat ayah..dapatlah mencuba resipi tu..sambal tu kalau makan dengan nasi kosong panas pun dah cukup. Hingga menjilat jari.Mmmmmmmmppphhh....berselera ayah makan...