SELAMAT DATANG KE BLOG FAHIEM IMTIYAAZ & NUR HADIYA NUHA

Showing posts with label Puasa. Show all posts
Showing posts with label Puasa. Show all posts

Thursday, August 20, 2009

Monday, November 12, 2007

Lagi cite puasa...



Cite puasa 2 - Tahun ni Fahiem raya kat Bentong dulu baru balik Trong. So sehari sebelum raya tu Fahiem pegi gunting rambut kat pekan Bentong. Seperti biasa ayah bawa Fahiem ke kedai gunting milik apek yang tak diketahui nama kedainya. Tapi lokasi kat tepi bangunan berhampiran ngan RHB Bank. Ayah selau gunting rambut kat kedai ni. Tu yang bawa Fahiem gunting kat sana. Ayah kalau gunting kat sini sampai tertidur. Punya bestnya kena urut kepala bila abis gunting rambut. Tapi Fahiem tak macam ayah. Punyalah takut nak gunting rambut, dia menangis sekuat hati.

Cerita Raya dan Puasa (Lambat update..dah basi.......)



Sebenarnya dah lama nak update blog..tapi disebabkan tak jumpa card reader, so terperamla cite-cite masa puasa ngan raya tu..ni dah habis Syawal dah pun baru nak upload cite n gambar sekali.

Cite puasa 1 - Ayah teringin nak buat BBQ. So ayah pun buatla masa balik puasa kat umah Mak Tok aritu..macam mengidam plak ayah ni...Fahiem pun apa lagi enterprem la posing kat tempat bakar BBQ tu...Tengokla juadah buka puasa kami kat kampung...nyum nyum nyum....

Thursday, September 20, 2007

Juadah berbuka hari ini ialah.......



Inilah udang masak lada hitam. Sebenarnya semalam mama masak ni tapi sebab letih sangat malam tadi tak dapatlah nak post entry ni. Ni resipi main campak-campak aje. Sebab balik kerja pukul 5 so sampai umah lebihkurang pukul 5.45. Layan Fahiem kejap barulah boleh nak ke dapur. Tapi mama make sure pagi-pagi sebelum pergi kerja dah letak ikan ke apa-apa lauk yang nak dimasak kat bahagian bawah peti ais. Biasanya bila azan aje masa tulah juadah siap dimasak. Resipinya senang aje..pasal campak-campak aje apa yang ada depan mata. :P

Bahan-bahan

Udang
Kacang buncis
Bawang merah (hiris)
Bawang putih (hiris)
Cili besar (hiris)
Daun limau purut
Serai (titik)
Sos lada hitam
Garam secukup rasa
Minyak masak


Cara-cara
1. Panaskan minyak.
2. Tumis udang. Bila merah, angkat
3. Tumis bawang merah, bawang putih, serai, daun limau purut. Biar sekejap sampai
naik bau
4. Masukkan kacang buncis dan tumis sebentar
5. Masukkan sos lada hitam
6. Masukkan cili merah
7. Masukkan udang dan tumislah sampai masak

Ayah suka sangat resipi ni, alasan dia sebab sos tu dia yang beli..

Monday, September 17, 2007


Sempena bulan Ramadhan ni, marilah kita bersama-sama mengimarahkannya dengan bacaan Al Quran . Semoga ibadah kita itu mendapat keberkatan Allah s.w.t

Hampir seminggu berpuasa...

Hari ni masuk hari ke 5 umat Islam berpuasa dan malam ke 6 menunaikan solat tarawih. Bagi Fahiem tahun ni tak puasa lagi. Masih tak faham lagi apa erti puasa. Tiap-tiap hari mama beritahu kat Fahiem yang Fahiem sorang je yang tak puasa dalam rumah ni. Ayah, mama dan Mak Usu semua puasa. Mungkin bila Fahiem dah masuk usia 3 atau 4 tahun boleh mulai faham erti puasa.Hari-hari bila menanti azan Maghrib, Fahiem mesti duduk depan tv. Masa azan seperti biasa Fahiem akan duduk diam mendengar azan. Mama perhati Fahiem memang begini semenjak kecil, akan diam bila azan. Mama pasti kanak2 lain juga begitu. Yalah...itulah perkara pertama yang didengari apabila lahir dari perut ibu. Sambung cerita Fahiem dengar azan tadi, bila habis je azan Fahiem tadah tangan seolah-olah membaca doa selepas azan. Pastu sapu muka, dan senyum....pastu terus join mama, ayah dan Mak Usu buka puasa..he he.macam biasa kena layan Fahiem makan dulu baru mama boleh makan yang pedas-pedas. Kalau Ramadhan tahun lepas Fahiem tak boleh makan lagi, kali ini...amboi... makan nasi sepuasnya.. Juadah hari ni simple je..mama masak ayam paprik, sotong goreng tepung dan rebus telur masin.

Wednesday, September 12, 2007

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubaraq

Assalammualaikum...di atas kesempatan ini Fahiem sekeluarga ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada semua ahli keluarga di Trong,Bentong dan dimana juga berada. Tak lupa juga buat kawan-kawan,kenalan dan semua yang beragama Islam.Ampun dan maaf kami pinta, semoga puasa kita semua dan juga ibadah lain yang kita lakukan mendapat keberkatan Illahi.